P1260271
Assalammualaikum, selamat pagi Khamis semua...Jom kita mendonat, ni semua gara2 teman blogger mat gebu "ady budika", dia turut mendonat hari ni, jadi sebagai pelengkap, mat pun mendonat juga...haha, tapi seperti biasa, aku menderhaka....Ini semua idea "Sunnah"...semalam masa YM, dia kata pakcik mat try buat donat pelangi....perghh, cabaran beb, tapi mat gebu kalau benda masak2 ni, aku no hal, cuma ko jangan suruh aku repair lori ke, atau keretapi, memang aku angkat tangan punya lahh. Sebelum mat masak, elok mat update N3 ni dulu, sementara ianya masih panas.

P1260275
Ini resipi donat suria yang mudah, senang dan sedap, tapi mat telah pelangi kan dia, mat cuma guna 2 kaler saja, hijau dan pink (erkk pleasee..no gegirl again yeaa!!). Mat bagi 3 adunan tu, 1 biar pada warna asal, satu lagi boh kaler pink dan 1 lagi kaler hijau, uli perlahan dan satukan ketiga2 bahagian, dan uli hingga bersatu dan menghasilan warna seakan2 pelangi atau marble. Hmm jom lah mat tulis resipi....pstt, ady budika pun mendonat tuu, dengar cerita donat dia menjadi dengan gebu...hahaha

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Pewarna makanan merah jambu dan hijau
Gula halus untuk salut donat



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Bagi doh tadi kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal. 1 lagi adun dengan warna merah jambu dan 1 lagi dengan warna hijau, adun hingga sebati. Kemudian satu kan ketiga2 tadi dan uli perlahan sehingga mendapat corak seakan2 pelangi atau marble.
  3. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....