ROLL TUNA SANDWICH @ 金槍魚三明治卷


P1250501
Hmmm, pening pala laa, cuaca panas hari ni, sebenarnya dah kensel plan nak buat roll tuna sandwich ni. Bukan lah mat nak puji diri sendiri atau merasa riak atau bangga. Tapi kan resipi ini memang sedap, dan roti dia lembut serta tuna tu memang rasa "sesuatu" sangat, dann resipi ini pernah muncul dalam majalah JELITA, tapi mat tak ingat bulan berapa tahun 2010. Kalau lah mat tipu dan kata aku berangan tak hengat, anda boleh singgah di blog kak ummi kuantan dan lihat, rasa kak ummi dah buat beberapa kali. Tapi mat percaya pada air tangan masing2..Jika 2 orang bebeza diberi bahan2 yang sama dan resipi yang sama, ada kemungkinan hasil mereka tak berapa sama...pada mat ada sebab2 tertentu, terutama sekali teknik mereka memasak dan pengawalan suhu serta api dapur...itu pendapat mat lah, lagi pun mat bukan profesional nak komen pasal ni, cuma berdasarkan pengalaman.....

P1250508
Seperti yang pernah mat buat dalam N3 lepas, roti ni kan agak muai, 250 gram tepung roti + bahan2 lain..akan menghasilkan 10 biji roti yang bersaiz agar besar dan tembam, macamm mat gebu...hehe.Kalau nak menarik, anda boleh tabur hirisan daun bawang atas dia, tapi mat tak de stok pulak, jadi mat tabur sedikit lada hitam saja. Ok, sekarang kita lihat resipi da pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

Post a Comment

20 Comments

  1. sedapnyer...terus terasa lapar...

    ReplyDelete
  2. kalo ada pic mat yang berposing tepi makanan tu lagi afdal..baru best

    ReplyDelete
  3. Memang gerenti sedap!!! Kalau x caya tanya kak Ummi Kuantan tu kan..kan...hehehhee

    ReplyDelete
  4. Waahhhh!!best nye,rajin lah abg mat gebu ni,mesti sedap! =)

    ReplyDelete
  5. tertawan hatiku bila memandangmu..rasa nak ngap je!

    ReplyDelete
  6. perhhh. rasa nak buat sekarang jeaa. tapi oven rosak. huu ;'(

    ReplyDelete
  7. mmg che mat tak tipu sbb roti ni mmg best!! lembut dan gebus jer.. k.nor dah pernah buat gak sebelum ni :)

    ReplyDelete
  8. nampak pun dh tau sedap ni..kalau dh sifu ckp sedap memang sedap la...harus dicuba ni...tq sharing yer che mat..:)

    ReplyDelete
  9. Slmt Pagi Mat,
    Sedapnya bf roll tuna sandwich ni...nak buat gaklah....tak sabau nak merasa....kalau dah sifu kata sedap....memang berganda2lah sedapnya...mesti buat...

    ReplyDelete
  10. Fuhh,yummy2..buat saya lapar di pagi hari..

    Hik3, mahu mencabar sifu masakan@mat gebu..dah 30+ jawapan diterima namun masih belum ada yang tepat...

    Cuba teka Nama makanan ini :

    http://www.eyriqazz.com/2011/02/cuba-teka-nama-makanan-ini.html

    ReplyDelete
  11. askum,cik mat...

    sy pn buat lg tuna roll sandwich ni bwk pg ofis...sedap sgt...tp sy derhaka jgk yer...sy gunekan susu low fat dutch lady kotak tu....kurabgkn air, letak susu low fat...gula pn sy letak 30-35g shj....atas tuna sy letak cheddar cheese & letak mix herb+black pepper atas tuna tu...
    tp ade mslh skit dgn oven....thanks cik mat for the nice resepi....

    ReplyDelete
  12. salam mat..akak dah try buat jap neh..alhamdulillah menjadi...mekaseh ye mat...sila la jemput tgk rupa roll neh kat blog akak...x de la lawa mcm cikmat...x leh lawan tokey...

    ReplyDelete
  13. nak satu...hahaha
    dasar pemalas ==

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..CMG ,

    mohon izin copy recipe ..tq

    ReplyDelete
  15. salam..nak tanya la, saya buat half adunan je, then..dough jd lembut la..xpe ye campurkan tepung sampai tak melekat kat tangan? mcm banyak je tambah tepung ni baru tak melekat..

    ReplyDelete
  16. Menarik sangat..nieh nak buat ni..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.