P1240850
Assalammualaikumm..huhhh..penat lahh, tadi siang keluar sekejap dengan abang dan bonda, lepas dah sekerat jalan kan, tiba2 rasa menyesal koo ikut depa, kalau aku kat rumah of kos dah selesai satu projek..ini ikut pun tak de apa2 makna, bosan gila..TAPI kan, haha, nasib baik mat gebu sempat rembat 1 ketui pasu antik England mari, at least terubat juga lah kebosanan ku tadi. Sepatutnya resipi ni masuk jam 6.30 petang tadi dan malam ni ada satu lagi N3 kueh..hmm, semua tak menjadi mengikut perancangan..tak pe lah kan, esok masih ada, moga Allah memanjangkan usia mat gebu..insya allah...doakan yeaa..

P1240851
Ok, jom kita cerita pasal kek ni, dan kenapa mat kata "boleh lahh"..Haha, ni kalau kak ummi kuantan baca, sah2 dia sentap, lepas tu terus esok kat YM antau malaikat, seru2 nama mat gebu..erkk seriauu koo.. Kek ni pada mat ok laa, not to good and not to bad, average taste and a bit chewy, lagi satu tak guna telur koo, rupa dia pun yang mat buat tu...hmm, tak menarik sangat kan, aku tengok macam batu kerikil yang nak tambak jalan lerbopak jeee..huhu. Tapi memang dah rupa dia macam tu, tak caya cuba klik sini dan lihat yang kak ummi buat...kurang lebih sama kann?. Oleh sebab dia setakat "boleh lahh"...mat gebu telah memanjakan kek tadi dengan ais krim vanilla...hmm terus ni naik rasa dia..apa2 pun terima kasih mat pada kak ummi, bersusah payah upload n3 kek ni di blog beliau, walau pun masa agak ketat baginya....jasa mu ku kenang yeaa mek rebit..eh ini taun hooo, rebit punya taunnn...wallaweyy...luu manyak ongg maaa...penggsannn!!! >_<

BAHAN LAPISAN STRAWBERRY :-)
500 gm strawberi segar (mat guna 300 g)
1/4 cawan gula pasir
1 sudu besar jus lemon

BAHAN UNTUK KEK :-)
1 cawan tepung roti (bread flour)*
2 sudu besar serbuk koko (mat guna brand Van Houten)*
3/4 sudu kecil baking powder*
Secubit garam*( * disatukan dan diayak bersama)
2/3 cawan mentega - cairkan
2/3 cawan susu (mat guna susu cair)
1/3 cawan gula kastor
1 sudu kecil cuka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK LAPISAN STRAWBERRY :- Buah strawberry dibuang daun2nya, cuci dan toskan (mat sunat buah tadi jadi 2, sebab besar..hehe sori..). Letak dalam periuk, satukan guna dan jus lemon, masak atas api kecil sambil dikacau selalu hingga buah lembut dan kelihatan pekat. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK LAPISAN KEK :- Dalam satu bekas, satukan bahan yang diayak tadi bersama gula halus, gaul rata. Buat lubang ditengah bahan2 tadi. Tuang mentega, susu cair dan cuka makan. Gaul sehingga semua sebati, adunan akan kental sedikit..
  3. UNTUK STRAWBERRY UPSIDE DOWN CAKE :- Lenser tin bulat bersaiz 7 inci dengan mentega. Tuang lapisan strawberry tadi dan ratakan.Kemudian lapisankan pula dengan lapisan adunan kek, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit, bergantung pada oven masing. Bila masak, biarkan suam sedikit dan terbalikkan. Boleh hidangkan..