SINGGANG TUMIS ASAM JAWA

P1250206
Waaa..hujan sejukknyaaa..sedapnyaa tidur...mana2 yang keje banyak kat ofis tu sila lah yea buat dengan penuh didikasi dan SEMANGAT!!!...tuu dia, sah ada yang macam nak kerat2 25 bahagian jeee si mat nihh..bengang ke?..Alahh releks laa, jangan marah2 nanti cepat kecut...kalau asam sedap gak..asam kecut... Ok tengah hari ni cuma masak singgang tumis asam jawa, rasanya dah banyak kali gak masak. Ini satu masakan yang mudah dan mat suka, cepat koo masak dia. Ikan tu apa2 jenis pun ok dan ikut LAW dia memang ikan perlu digoreng embal2 (atau tidak terlalu garing), asam jawa sebagai penambah rasanya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kerisi saiz besar
15 biji bendi kontot
Air secukupnya
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 kiub ikan bilis "MAGGI"
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
5 biji bawang merah, dihiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih, jika besar kerat dua setiap satu. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan serbuk kunyit. Tumis hingga harum dan bawang perang. Tuang air dan masukkan kiub (jika guna). Biar mendidih.
  3. Tuang jus asam jawa dan masukkan ikan tadi. Tambah bendi dan bila mendidih, masukkan cili hijau dan perasankan dengan garam dan secubit gula, biar masak hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

Post a Comment

12 Comments

  1. Waaaaaaa..wpun ko masak singgang ikan, tp dah duk dlm tureen mahal camtuh...sungguh menambah selera...pas makan akak nak bawak balik bekas tu eh...cantik tul ha!

    ReplyDelete
  2. Grrrrrrrrrr! Memang rasa nak kerat2 Cik Mat nilah, buat masak singgang, hahahahaha!

    ReplyDelete
  3. lauk masam2... ada pulak bendi dlm tu... i likeeee.....

    ReplyDelete
  4. singgang tp ikan nya digoreng dulu ye en. mat? en. somi kakchik suka lauk sour2 plum cam ni en. mat. bole la kakchik cuba ...

    ReplyDelete
  5. baruuuu lepas makan nasik..tetiba buka blog CMG ada lak singgang ni...macam lapar balik je...
    camner nak diet ni....

    ReplyDelete
  6. salam abg mat...kalo ganti ikan tongkol ok x?ngeeeeeee

    ReplyDelete
  7. bendi kontot mat? hehhee...ni masak masam2..ko ngidam eh?

    ReplyDelete
  8. Salam CMG, badan dah berat ini elok
    jugak layan singgang kasi kurang lemak sikit :)
    New Entry "Seloka sibuk alang kepalang."

    ReplyDelete
  9. fuuhh.. suka sungguh ikan kerisi..

    ReplyDelete
  10. abg mat..saya dah try buat balik keje tadi... simple tapi sedap sungguh..! husband pon suke..

    ReplyDelete
  11. @ kak ummi - hehe, kak, sebab beli tahun 2010 tu yg jadi mahal, kalau tahun 1960, tah 10 henggit jee..

    @ sari - erkk, kena guna chainsaw okey nak kerat..

    @ madina - wahh sama lah kita.

    @ kak chik - ha ah kak chick sebab orang terdahulu masak, mereka goreng sikit ikan tu..

    @ lugieamir - hehe, tu nasib baik gambar tak boleh keluarkan bau2an.

    @ zawani- on sangat, tapi kalau ikan tongkol rasanya tak perlu goreng..

    @ fifah - kalau tekak kurang enak, masakan macam ni mmg sesuai.

    @ jun - hahah, kak jun saya ni hari2 ngidamm...susah kan.

    @ AAP - haha, betul2, tapi masalahnya, yang ringan2 pun dok balun sakan...susahhh..

    @ mulan - sama lah kita kak, suka juga ikan kerisi.

    @ myxa - waaa..cepatnyaaa...terima kasihh..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.