Salam semua, N3 selingan kali ni khas mat buat untuk anak dara ku (wahh..betul ke mat gebu dah ada anak dara?..) yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke - 20 pada tarikh ini, iaitu 11 . 01 . 2011 @ 11 . 1 . 11 . Tamat sudah zaman gadis belasan tahun, dari anak kecil yang comel, aktif dan adventurous, membesar menjadi anak dara yang sempurna dan kini meningkat dewasa menjadi anak gadis.

Nama Aisha Nabila menjadi pilihan, mat pernah panggil dia dengan nama gelaran "Siti Ayoko" masa kecil dulu, kerana wajah persis anak Jepun. Membesar dengan penuh perhatian ketat oleh kedua ibu dan ayah iaitu abang pada mat, maklumlah anak dara sorang, pergerakan harus diawasi. Kebebasan wajib dipantau. Apa2pun syukur alhamdulillah, pada mat anak dara ni jenis budak yang tak banyak karenah, sikit lasak dan agak berhati2 dalam membuat keputusan.

Satu mat puji lah sikap dia ni, kalau berkawan tak pilih, bangsa, atau taraf kedudukan, jika ok, baik dan tidak melanggar adap dan tatasusila, dia ON saja...tak de masalah. Pada anak dara ku...pak usu ucapkan Selamat hari lahir yang ke-20, moga panjang usia, murah rezeki, diberi kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup dan sentiasa dilindungai Allah swt....Jangan nakal2 okeyy!...Akhir kata untuk semua, salam sayang dari DTS - Mat Gebu...