AYAM GORENG TAUCHO...RESIPI CHEF WAN.

P1240984
Salam semua, salam Selasa. Ok pagi ni mat letak dulu 1 jenis masakan yang masih panas2 lagi dari dapur DTS. Kadang2 otak pun boleh jadi buntu, idea pun boleh susut. Itu lah kelebihannya bila ada buku2 masakan dan juga blog2 teman dapur, at least boleh dijadikan rujukan jika keadaan macam sekarang ni...tengah tak de idea masak. Resipi dalam buku Chef Wan ni lama juga mat dah perhatikan, jadi nak mencubanya hari ni. Mat ikut hampir semua seperti yang disarankan dalam resipi, cuma sukatan tu kita kasi kurang sikit lah memandangkan daging ayam pun cuma ada ciput. Satu keunikkan resipi ni, penggunaan gajus dalamnya. Dari segi rasa ianya ada rasa seakan2 ayam pong teh sikit. Sedap dimakan bersama nasi putih atau bubur..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, cuci, lap kering dan didadu*
1 camca teh kicap cair*
1 camca teh tepung jagung*
1/4 camca teh gula*(*digaul rata dan perap 1 jam)
1/4 cawan gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
1 camca besar taucho
1/2 biji saiz sederhana red capsicum, didadu
1/2 biji saiz sederhana green capsicum, didadu
1/2 biji saiz sederhana yellow capsicum, didadu
1/2 batang zukini, didadu kecil (mat ganti dengan 4 tangkai kacang panjang, dikerat2)
1 tangkai daun bawang, dihiris
1 pokok kecik daun ketumbar, dihiris
2 biji cili merah*
5 biji cili padi (resipi asal tak letak)*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*ditumbuk lumat)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho dan ayam, gaul rata dan tuang sedikit air. Biar hingga ayam empuk.
  2. Tambah ketiga2 jenis capsicum dan kacang panjang tadi. Gaul rata dan masak 2-3 minit lagi. Campurkan gajus, kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun ketumbar dan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat..

Post a Comment

17 Comments

  1. balik langkawi, mintak abah masakkan ni la.. heheh... laparrrr

    ReplyDelete
  2. Waaaaaaaaaaaa...baru td dengar ayam masuk kuali...dah siap masuk entry dah eh...hehee... Mat, sedap eks?

    ReplyDelete
  3. en. mat cam sedap jer balik nie nak try lah...

    ReplyDelete
  4. terbaca blog anka dara mat yang wish bufday.. sebelum terlambat nak wish belated bufday 08.01.2011 buat mat.... semoga panjang umor, dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  5. salam cikmat,
    pertama sekali akak minta maaf sebab terlewat nak ucapkan pada cik mat.
    Happy belated birthday to you ya.
    Semuga dipanjangkan umur murah rezeki, diberikan kesihatan dan mudahan cepat dapat akak makan nasi minyak /beriani, kat sedenak nanti ya..

    happy belated birthday to anak dara cik mat tu juga ya..manis orangnya..sweet smile..

    ayam tauchu nampak best..as usual masuk list..

    ReplyDelete
  6. lom pernah masak taucho guna ayam.. cuma aritu masak ayam oh resepi mat share tu ada masuk taucho sikit.. tp lauk ni nampak sedap lah!

    ReplyDelete
  7. salam CMG,

    resepinya walaupun simple, pasti rasany umph sekali, hehehe...

    tq sudi singgah n komen kat blog sy...

    salam perkenalan CMG... ukhwah selamanya...

    ReplyDelete
  8. En. Mat .. en. mat .. yg ni kakchik mesti cuba. sbb anak kakchik si aiman tu suka sgt makan ayam dan taucho.

    ReplyDelete
  9. wah..ini resepi baru neh.okies..sila masukkan dlm list resepi..tunggu queau dulu bila nak masak,hehe

    ReplyDelete
  10. wow sedapnyer, balik nanti nak buat lah ;-)

    ReplyDelete
  11. lapa tul aibaks tgk ayam taucu ni.. jam baru kul 5.. haha

    ReplyDelete
  12. @ mia - yep simple but delicious, serious you!..

    @ yuyu - waaaaa..anak abah rupanyaa..hehe..

    @ kak ummi - hehe, tu tadi nya cerita akak punn...sedapp, kalau tak sedap akak marah chef wan, sebab ni resipi dia..

    @ is3 yg comel - terima kasih ucapan besday utk saya tu. Dan resipi ni must try punya, simple tapi sedap.

    @ ayu - salam kak ayu..alahh tak menjadi masalah kak, at least saya rasa lambat sikit tua..hehe..Terima kasih banyak2 atas ucapan tu pada saya dan anak dara saya tu yea.

    @ AAP - betul2, sesuai untuk wanita bekerja...

    @ madiha - akak try resipi sepwan ni pulak..haha, mati saya kena saman kang sebab nyebut "sepwan"..

    @ Areef - salam cikgu areef, terima kaish saya ucapkan pada cikgu, sudi singgah ke pondok mat gebu tempoh hari, jika ada kelapangan sila lah datang..

    @ ujang - perghhh...koo pun agak2 lah nak meleleh tuuu..banjirrr!.

    @ kak chick - waaa, sahh aiman tak kesah tu..terima kasih kak chik.

    @ azila - heheh, zila kalau nak masak yang ni, kena oter sikit, taucho tu kena cuci bawah air paip yea, sebab masin..kang takut pulak meter darah ben mencanak jee naik..hehe..

    @ azhuda - yeaaaa..jangan lupa baca2 doa kebahagian rumah tangga masa masak tu..mudahan anda berbahagia...hehe..petua..

    @ aibaks - erkk, nak tapaw ke?.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.