SARDINE IKAN "JAPANESE MACKEREL"..

P1250124
Assalammualaikum, hmm dah makan tengah hari?...Rasanya lama juga mat tak buat sardine. Hari ni memandangkan ikan "Japanese Mackerel" masih berbaki, apa kata kita buat homemade sardine. Mat pernah buat dulu tapi guna ikan tuna @ tongkol. Kalau guna tamban sardine yang banyak tulang halus tu pun sedap. Jangan risau, bila dah siap masa, semua tulang2 tu reput, boleh dimakan. Satu mat nak tegaskan disini, kalau ingin mencuba resipi ini, anda "HARUS" ada pressure cooker atau periuk tekanan, yang ini kalau tak de, mat memang tak boleh nak kata apa, memang tak dapek lahh achik nak menolong nyooo...Ok dan siap semua, jom kita semak resipi...

BAHAN UNTUK HOMEMADE SARDINE :-)

800 gram ikan "japanese mackerel" (boleh guna ikan tuna atau ikan sardine)
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 gram bawang putih*
80 gram bawang merah*
25 gram halia*(*dikisar halus)
2 1/2 - 3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat sederhana besar, potong juga bahagian kepalanya, cuci bersih dan perap dengan garam dan jus limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk tekanan, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tuang air dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan kemudian tutup periuk tekanan dengan penutupnya. Bila pemberat bahagian atas periuk bunyi "berdesir", segera perlahankan api tadi ada pada tahap minima. Biar masak selama 1 jam.
  4. Kemudian matikan api, alih periuk tadi ke dalam sinki dan buka paip, biar air mengalir perlahan atas periuk sehingga bunyi desiran habis. Berhati2 buka periuk dan periksa ikan2 tadi. Biasanya ikan akan berada dalam bentuk asal, tapi tulangnya semua reput seperti ikan sardine dalam tin.
  5. Boleh lah anda masak mengikt kreativiti sendiri. Sardine yang belum dimasak boleh disimpan dalam peti sejuk, jika ingin tahan lama, boleh didingin beku kan... Selamat mencuba untuk semua...
CATATAN MAT GEBU:- Jika anda ingin pedas, boleh tambah 5 -6 biji cili padi yang telah dititik ke dalam sardine ketika menumis bahan2nya. Kemudian masak seperti biasa..

Post a Comment

12 Comments

  1. Encik Mat kita dah buat dan terima award tersebut. Toche maaaa

    http://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/2011/01/creative-blogger-award.html


    Encik mat jangan merajuk lagi ye, panik member semua tak sempat saya nak komen bagi semangat dah muncul. Alhamdulillah....Apa pun chaiyok chaiyok yehhhhh Hidup Encik Mat gebu... yehhhh. hehehe

    ReplyDelete
  2. Mat...berapa byk salam daaaa...atas salam...bawah tu lg salam..hahaha..waalaikumsalaaaamm...mintak sini sardin tu sikit..wat cicah roti..kita x makan nasi tghri taauuu...takut ngantuks kat ofis...nnt bos ketuk paler..hehe

    ReplyDelete
  3. lama nye tak makan sardin nie..sungguh best bila cik mat dah kembali beraksi

    ReplyDelete
  4. Sehingga semalam.. dah 3 hari berlaukkan sardine.. ayah mertua masih tak jemu2 lagi makan lauk sardin yang masak simple2 ja tu..

    wah TQ En.Mat Gebu, nanti boleh la try wat sardin sendiri tapi kena cari pressure cooker dulu la..he3

    ReplyDelete
  5. cik firus pun masak sardin jugak hari ni tapi beli sardin yang da siap lah..
    tapi mesti sardin tuan punya blog ni lagi sedap drp cik firus punya :)

    ReplyDelete
  6. Salam Che Mat ...

    Tayang lah sikit ghopanya ikan japanese mackerel tika masih dara ...

    Nak try gak... hari tu buat ikan uji rashid tu.... Alhamdulillah jadi.... Canang sekampung ... aku dah bleh buat sardine ....hahhaha

    ReplyDelete
  7. Salam Mat, kalau dh bole buat sardine sendiri, xpyh bli kt kedai lagi, skrg nie srdin mahal...mohon CnP ye Mat...

    ReplyDelete
  8. wahh sardin yg sihat.buatan sendiri adalah terbaik.

    ReplyDelete
  9. Sodap...CMG...nak 1pinggan courier,,,,
    http://badrul-perjalananku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Kalau buat fresh tak guna pressure cooker nak makan masa tu juga boleh tak?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.