Assalammualaikum, salam pagi Khamis, bertemu lagi bersama mat gebu, yang sememangnya gebu..haha, alah releks laa, apa2 pun u all usik, mat gebu tak marah punya, aku ok laa, tahan gurau, cuma sejak2 ni kan tiba2 ada macam sensetif pulak...adakah menandakan kekertuan itu telah mengganggu emosi ku...adoii loya anak tekak guaa bila baca balik. Pagi ni mat buat pancake jagung mayonnaise, ni kira pancake savory, bukan manis punya, jadi nak makan kena lah guna sos cili atau sos2 kegemaran anda.. Inspirasi resipi ni mat dapat dari buku masak Chef Wan, sebab mat guna apa yang ada, jadi aku oter lah nama dia, kira menderhaka lah ni....hehe, sori..
Pancake ni mat buat guna non-stick pan kecil saiz 4 inci tu dapat lah dalam 7-8 keping, sedap dimakan suam bersama sos cili, dan air teh lemon madu...waaaaa..sheedapp nyaa...diam tak diam 2 keping licin mat gebu makan, napsu naga betul si mat nih..hahaha. Kalau resipi asal guna soda bicarbonate, tapi mat tukar dengan baking powder je. Lagi satu sebab dah ada mayonnaise, garam dia pun perlu dikurangkan. Penggunaan mentega cair mat ganti dengan minyak jagung. Hmm ok jom semak resipi, apa2 pun terima kasih pada Chef Wan atas inspirasi dari buku masakan beliau "Sedapnyaaa.....2".
BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 cawan jagung dalam tin
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
200 ml susu segar (kurang lebih)
1 biji cili merah, dibuang biji dan cincang halus
1 biji saiz sederhana bawang holland, didadu
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam secukup rasa
Sos pilihan untuk dimakan bersama pancake jagung
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan2 diatas kecuali susu segar dan garam, gaul rata dan tambah susu segar sedikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang rata dan tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa., kacau rata2. Rehatkan 10 minit.
- Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak makan. Masukkan kurang lebih 1/4 cawan adunan pancake, ratakan dan masak dengan api kecil, tutup permukaan kuali sekejap, hingga kelihata permukaan pancake berbuih2 dan kering.
- Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan lakukan kaedah yang sama pada baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda..
8 Comments
heheh.. yuyu suka sangat pancake.. cicah ngan kaya pun sedappp ^^
ReplyDeletelaaa...sedapnye..mg sedap lah...suka3!!!...
ReplyDeleteKalu MG 2 keping ajer dah nafsu naga...cam ni mwana 4 keping daa nafsu dianosaur....ihiiiiikkk... gggrrrrr...
ReplyDeleteAllhamdulliilah MG dah kembali semual,akak baru nak follow MG terkejuzz jugak le MG nak rehat.Semoga diberi keberkatan dan kebahagian ..Ameen
ReplyDeleteslmt kembali...terangkat n terbeliak bijik mata tgk pancake jgg ni, balik keja kang nk buat utk minum ptg nnt, mohon CnP ye mat...
ReplyDeletesedapnye!.... geram tgk!
ReplyDeleteehhh
ReplyDeletelawa la watermark tu
camne buat eh?
huuhu
Guna corn niblets yang diracik sendiri boleh ke?
ReplyDelete