P1240958
Salam malam semua, esok dah Isnin, masa sekarang pantas kan, tau esok dah kerja, tapi kat Johor, hari Selesa cuti, sebab hari Hol. Ok malam nak share satu resipi tertangguh lama sangat dan. Ada macam2 kesah pasal nak buat popia jejari ketam ni. Rasa mat dari minggu lepas dan angan2 nak membuatnya. Ini asal idea resipi kak liza, tapi mat nampak kak ummi kuantan buat kat sini.., aduhh terliur koo aku melihatnya. Terus ni plan tu jam juga nak buat. Selongkar peti ais, freezer semua cari kulit popia...yesss jumpa dah, tapiii...aduhh kulit popia ku dah tak rupa kulit popia, dah makan rupa paper towel lepas lap dapur...ronyok gilaa..tu yang terjadilah resipi yang ini..

P1240960
Tapi kan, pembuatan popia ni sungguh lah lari dari bahan2 asalnya..huhu, nak buat macam mana tu saja yang ada. Tapi tu lah, popia yang dalam gambar tu tak terserlah pulak bahan2 lain, cuma nampak crabstick saja....eh ada lahh sikit capsicum tersentil tepi crabstick tu, nampak tak?...hehe. Sedap dimakan bersama sos pilihan anda. Sesuai juga untuk sarapan, minum petang atau untuk majlis2 kecil, jamuan teh petang pun sesuai nih....Ok jom kita lihat apa yang diperlukan untuk resipi ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 batang jejari ketam @ crabstick
10 helai kulit popia
6 batang kacang buncis, hiris serong, nipis2
Sedikit hirisan red capsicum
Sedikit hirisan green capsicum
Sedikit hirisan halus lobak merah
Sedikit hirisan halus kobis (tak letak sebab tak de)
Putih telur untuk melekatkan kulit popia
Minyak untuk goreng terendam
Sos pilihan untuk dimakan bersama popia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bentang sehelai kulit popia, letak 1 batang jejari ketam, bersama sedikit sayur2rannya. Gulung kemas dan sapu sedikit putih telur pada hujung bucu kulit popia dan gulung kemas. Buat kaedah sama untuk baki kulit popia hingga habis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng popia tadi hingga kuning keemasan, minyak jangan terlalu panas, nanti kulit popia hangus. Angkat dan toskan, letak atab beberapa helai paper towel.
  3. Hidangkan bersama sos kegemaran anda, untuk sarapan atau minum petang...