KARI AYAM "BONGSU"....

P1240870
Salam semua, Selasa menjelma lagi dengan penuh kenangan nostalgia...hmm, yang lepas biar lah berlalu, jika ada orang kata jangan pandang belakang, tapi tidak bagi mat gebu, kerana cerita yang tinggal dibelakang, penuh dengan kenangan sebagai sejarah dan tanda ingatan, juga sebagai pengajaran kita di masa mendatang. Ok hari ni mat masak kari ayam bongsu..kenapa nama macam tu sebab, ayam kampung ni paling kecil diantara ayam2 yang ada...dan yang memasak nya sudah pasti seorang anak bongsu juga....siapa kah itu, siapa lah mat gebu lah anak bongsu tuu, dulu pak usu, sekarang dah naik pangkat jadi "tok usu"....erkk..tak pelahh, harus terima kenyataan, kita makin hari makin berusia. Kari ni mat masak tak pedas sebab untuk anak2 buah balik sekolah nanti, yelah kan budak2 mana lah tahan, kalau sendiri nak makan nanti, gandingkan lah dengan sambal belacan... Orait, jom semak resipi..

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, anggaran 1.2 kg
5 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
3 camca besar penuh rempah kari daging (Baba's)
2 keping asam gelugor
1/2 camca besar gula melaka
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 biji cili merah
1 camca teh lada hitam (optional)

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dikerat ikut suka, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata dan jika pekat tambah sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah rempah kari + bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang santan cair dan sedikit air. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api, masak hingga ayam empuk. Tambah kentang (toskan) dan bila kentang 1/2 empuk, masukkan asam gelugor.
  4. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan gula melaka. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Bila kentang empuk, rasa kuahnya dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan....

Post a Comment

14 Comments

  1. salam cikmat,
    akak dah buat gulai daging salai, telur cencalok, mee hoon tauchu tu semua!!..sedaplah cik mat..
    thanks ya memang kena betul dengan my selera..

    kari ayam ni pun nampak sedap..
    thanks for sharing ya ..

    ReplyDelete
  2. kari ayam dicicah roti..pasti pastu tdo kekenyangan:)

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. eh salammmm.. hihihi.. nih neng sulung mampir.. minggir minggirrr... roti mana mat rotiii??

    ReplyDelete
  4. bestnye kalau dpt pak sedara mcm ni....;)

    ReplyDelete
  5. beruntung anak2 sedara mat ada pak usu yg rajin...

    ReplyDelete
  6. kari ayam bongsu .. bestnya mkn ngan nasi panas2. kakchik pn mkin lama mkin berusia En. Mat, kita geng. hihi ..

    ReplyDelete
  7. sedapnyer CMG...nnt LM nak dtg mkn umah mat ye?

    ReplyDelete
  8. CMG nak jadi anak sedara jugak hahah

    ReplyDelete
  9. Salam CMG,
    sedapnya kari terliur lak nk mkn kari...:)

    ReplyDelete
  10. salam che mat, alhamdulillah.. untung anak2 yatim tu ada pak sdara mcm che mat.. banyak ganjarannya tu nanti.. insyaallah..

    ermm k.nor pun anak bongsu gak, tp bongsu emak la bukan bongsu ayah :)
    nak join sekali makan boleh hihi

    ReplyDelete
  11. @ ayu - waaaaa, terima kasih kak ayu, kerana sudi mencuba.

    @ azila - hahaha, betul2, tapi kalau ben mesti dia dok ralit kat mini gym dia kann....

    @ hana - waaa neng hana datang, koo bawak soto sulung ke?..Roti lom bikin laa, baru keluarkan tepung..

    @ sofea - erkk...jgnn, nanti makan hati, susah.,...saya ni pak sedara cerewet.

    @ salykin - haha, pengsannn laaa, sebab dah meletop..

    @ ujang -perghh yang ni koo sesuai, sebab slimm kan, macam mat gebu ni setakat ambik2 rasa jee lahh...huhu :-(

    @ madiha - Saya ni tak de lah rajin mana kak, setakat boleh2 saja, anak2 buah saya tu mangsa menge "test" resipi2 saya..

    @ kak chik - memang bes, nak buat lempeng nanti..erkk kak chik berusia tetap menten cunn..muda 5 taunn gitu...

    @ lm - waaa sila2, nanti ajak ben n zila dtg sekali..

    @ azli - haha, chef, koo saja kan..haha, mana boleh lawan chef nya masakan yg profesional tu, saya cuma hef at home, masak cikai2 jee broo..

    @ AAP - ayam dara semua dah jadi mak2 ayam, tapi yg bongsu ni rasanya dara lahh..

    @ nieza - alahh kesiannya akak, yelah kalau sejuk2 mcm kat Finland tu mmg sedap pekena kari macam ni.

    @ kak nor - hmm tulah kak, sebelum ni pun masa arwah pak dia ada, mereka mmg kerap jadi mangsa saya suruh makan..bila kak nor komen ni, tiba2 tersentuh perasaan ku..huhu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.