APPLE ROLL BUN @ アップルロールおだんご

P1250192
Morning semua, macam mana?..Lena tidur semalam?..Ada mimpi tak...Haaaa, jatuhh katil, ish ish ganasss nyaaa... :-) Ok, pagi ni mat gebu nak share satu olahan resipi dari yang ada dalam DTS ni, dan kerap lah kiranya mat buat. Cuma kali ni kita oter skit bagi kelainan. Semalam chat dengan kak ummi kuantan, lepas tu kami bincang sikit pasal roti ni, dengan macam2 idea. Mula2 nak buat cinnamon roll, tapi kan sah budak2 tak suka sebab ada bau rempah ratus (hmm abah mat pun tak suka bau2 rempah ni, dia kata macam jamu jeee), lepas tu nak sapu dengan jem strawberry, tapi malang, jem tinggal 1/4 botol..takk cuuukkuupp..huh, last2 guna idea terdesak. hmm iaitu epal hijau....

P1250194
Buat dia senang je, tapi mat tak dann nak ambik gambar cara2 dia tapi anda boleh lihat kat sini, sama je, cuma bahan tabur tu kita letak parutan epal. Mat suka sangat resipi ni, sebab apa tau, ianya akan menghasilkan 10 ketul roll bun yang gebu, montel dan sexy sekali...seriuss, resipi ni juga dulu mat buat roll sandwich tuna di sini...dan resipi pernah tersiar di majalah Jelita sedikit masa dulu...Ok jom kita semak resipi...

BAHAN DOH ROTI :-)
250 gram tepung roti
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
125 ml air
10 gram susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gram telur (pecahkan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
20 gram mentega
6 gram instant yeast (mauripan)

BAHAN TABUR :-)
2 camca besar mentega, dicairkan
3 camca besar gula perang
2 biji epal hijau, dikupas dan parut kasar, perah sedikit airnya
1/2 camca teh serbuk kayu manis (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK APPLE ROLL BUN:- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis(jika guna) tadi rata2. Akhir sekali ratakan parutan epal hijau. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..

Post a Comment

16 Comments

  1. Amboiii che mat.. pepagi dah buat sy terlioq.. mengancammmm....

    ReplyDelete
  2. salam che mat
    fuhhh mmg canteeekkk melingkauuu dlm cupcake gitussss... lapau laa..jom tukauuu dgn talam cendol pagi ni nak tak???

    ReplyDelete
  3. cik mat..saya mencari2 gambar bun ni yang disiat nampak inti tabur kat dalam..rupanya tak de..hehe.. comel la letak dlm paper cup

    ReplyDelete
  4. fuhhh cik mat.... terliur saya tengok.... btw, mehla jemput masuk blog baru saya... http://mimie1678.com tq

    ReplyDelete
  5. MM suke la resepi ni Che Mat. MM nak try la.Hubby mesti suke. Dlu wt Choc Moist, habis sebijik kat dia sorg je.

    ReplyDelete
  6. serious sedap ni cik mat?akak nak cuba lah.ada dua tiga biji epal lam esbok tu.

    ReplyDelete
  7. alah Mat..bauh epal x der stok. tepung roti lak dah abis. tggu lah bila ada free baru beli n cuba buat.

    nampak tembam kan roti tu Mat..hehehe

    ReplyDelete
  8. Waaaaaaaaaaaaaaahhh cantik berkilat jek epal roll ko...sungguh terliur tgk...cantik berseni...comey2 lak tuh...mcm rebit comeynya kan..hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam CMG, pagi-pagi dah buat hidangan istimewa nie :)
    New Entry "Jangan sebarangan minum."

    ReplyDelete
  10. wahhhhhhhhh...teruja tgk roti...tp masih fobia nak buat..tkot jadi keras cam batu.....huhuhuhuh (aik...semalam kuar ayat siam..hari ni ayat jepun plak..huhu)

    ReplyDelete
  11. Alah... bestnya roti apple... Mila tengah kemaruk nak makan apple nie.. semalam buat roti tapi tak jadi..huhuhuhu.. sedih.. mcm nak kena bli breadmaker lah pulak... ;)

    ReplyDelete
  12. dah lama dah tak buat..klu buat pun dahkurang mulut dah nak makan..akak ambil resepi pancake ek

    ReplyDelete
  13. boleh le try kat umah ni. dan siap 1, habis.

    ReplyDelete
  14. satu lg resipi roti yg harus dicube nie..ade plak perisa epal gini..mmm..mmg mabless la...boleh dikatakan sume resipi roti u yg i try mmg gebuss....tq..
    p/s jgn lupe resipi roti perancis ek..hehe..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.