P1240788
Assalammualaikum, malam ni mat nak share satu resipi kuih talam ubi, kueh tradisi orang2 melayu kita, termasuk orang2 peranakan baba dan nyonya, yelah depa tu zaman dulu2 ada kawen campur sama orang melayu, tu pasal budaya mereka ada sedikit kesamaan. Tapi mereka ni masih mengamalan ugama nenek moyang, ada juga yang telah masuk islam. Berbalik pada cerita kueh talam ubi, mat sebenarnya buat sebab ubi parut tu dah ada tersedia. Bonda mat dah siap2 parut ubi tu semalam, kemudian kami bekukan dalam freezer. Sebenarnya kan mat kalau tak de bahan2 yang dah tersedia, sah2 malass nak buat. Tapi talam ubi ni buat dia senang, dan rasa dia pun sedapp...

P1240790
Mat kan kalau talam ubi ni, tak suka kepala dia tebal2, suka yang sederhana saja. Kalau bahagian ubi dia tu tebal tak pe...sedapp.. Resipi yang ni pada asalnya mat dapat dalam majalah RASA tahun 2009, tapi mat lakukan sedikit pengubasuaian sebab apa, kalau ikut resipi asal, kepala dia agak tebal, mungkin kerana mat kukus guna tin 8 inci x 8 inci x 3 inci, jadi agak kecil, maka bahagian kepala dia jadi tebal. Apa2 pun kena tunggu sejuk baru potong. Kalau ada pisau plastik, boleh gunakan. Mat guna pisau biasa je, cuma mat akan lap pisau tadi setiap kali lepas memotong kueh.. Ok jom semak resipi..

BAHAN BAWAH :-)
600 gram parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gram gula pasir
50 gram gula melaka
Sedikit pewarna coklat (optional)
1 helai daun pandan

BAHAN ATAS :-)
600 ml santan
40 gram tepung gandum
70 gram tepung beras
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Satukan santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Sediakan tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Panaskan kukusan. Satukan air gula merah yang telah sejuk tadi bersama ubi parut, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana. Mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
  2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan untuk lapisan atas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa (jangan banyak, kasi rasa lemak saja). Tapis bancuhan tadi. Kemudian tuang (kacau dulu) perlahan2 atas ubi tadi, gunakan kaedah meletak senduk atas lapisan bawah dan curah adunan ke dalam senduk dan biar ianya melimpah. Kukus lagi dengan api sederhana selama 25 minit, tutup permukaan tin dengan tudung periuk. Bila masak biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.
CATATAN MAT GEBU :- Sebelum tuang untuk bahagian kepala, mat angkat bahagian kukus yang ada tin tadi ke tepi sinki, kemudian ambil paper towel dalam 2 helai, berhati2 letakkan di atas permukaan lapisan bawah tadi (lapisan ubi), tujuan biar paper towel tadi menyerap air yang terhasil pada permukaannya, kemudian perlahan, tarik keluar paper towel tadi. Lepas tu baru mat tuang bahagian kepala dan sambung mengukus....Selamat mencuba!!..