SARDINE PUFF

Sardine Puff
Salam semua, petang tadi sambil melepas2 geram di YM bersama teman2 blogger, sempat juga mat membentuk puff pastry. Tujuan buat ni pun untuk ditukar ganti sebagai bahan juadah dengan jiran mat. Lebih tu bagi pulak kat anak2 buah. Hari ni rasa geram dan nak marah jee, mulut berat nak bercakap, muka pulak macam ketat...Kalau puasa mat tak diterima hari ni, mat redha saja lahh....wallahhualam... Malas nak cerita lagi jom kita lihat cara membuat sardine puff yang senang, tu ada sikit gambar cara mat buat...lagi satu langkah demi langkah tu mat tujukan pada mereka2 yang baru2 nak mencuba, bagi yang pakar, pandai, bijak lagi kreatif anda boleh abaikan saja yeaa....

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 seperti dalam gambar. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Post a Comment

8 Comments

  1. hari ni ummi pun buat sardine puff..tp ummi buat stail lain..simple2 aja..tak la secantik cik mat punya..anyway menu berbuka kita sama la hari ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya

    teringin nak makan sardin, namun kena tahan godaan u en zalie tersayang

    cik mat, kalau semua okey..ayu pasti try utk makan seisi keluarga

    tq sharing resepi

    ReplyDelete
  3. Thank Cik Mat ...
    esok nak try ni .....
    harap2 menjadi ....
    takut2 .... hehehehe.... jadi kat param ....

    ReplyDelete
  4. tq cik mat gebu sbb buat entri siap ada pic..kdg2 nk buat jugak..tp xtaw rupa roti tu cemana nk buat..skg da dpt gambaran..bole la nk buat ;)
    tq sgt~

    ReplyDelete
  5. hai mat, saya suka cuba resepi awak nih...ade yg menjadi ade yg tak jadi..hehe ape2 pon saya ade credit kat awak yg mana menjadi :) thanks satu lagi nak tanya alang-alang saya ade butter pastry sebuku...boleh guna jugak ke yg tu?? ni la kejadahnya silap ambik butter haritu...hahaha tak pon ape boelh buat dengan butter tu?? nanti saya kasi tau berapa berat dia erk

    ReplyDelete
  6. suka suka. harus dicoba hari ini. terima kasih!

    ReplyDelete
  7. Ermmm i must try this...thanks CMG...

    ReplyDelete
  8. salam..
    CMG, tima kasih byk2 sbb sudi share resepi..sy dh byk cuba resepi2 CMG..sgt seronok sbb menjadi n yg ptg, dpt mengenyangkan prt suami dgn pelbagai resepi..sy nk mntk izin CMG utk copy & paste few resepi utk nota kegunaan sy ms dpn..thanx

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.