Kue Teow Kicap Kerang
Assalammualaikum semua, salam Khamis, petang ni kan, mat goreng kue teow yang ada berbaki dalam peti sejuk. Kebetulan ada sedikit stok daging batang pinang dan kerang..waaaaa, besnyaa, i likeee. Tadi di YM, ada sorang ni tanya mat, kenapa macam slow memasak. Hmmm, sebenarnya, masa agak ketat lah, lepas tu, masak pun yang senang2 jee dah lah tu, ulang tayang pulak, mesti ramai yang jemu kan. Lagi satu kalau tak de mangsa nak makan, susah lah kita nak masak sakan.. Exceli, resipi ni main campak2 je, tak de sukatan yang betul, apa mat share sini bukan nak paksa anda semua ikut 100%, ikut kreativiti masing2. Ini hanya sebagai panduan dan idea.
Kue Teow Kicap Kerang
Perasan tak taugeh tu, adoii tak buang ekor, punya lah malas, nasib baik jenis taugeh "abang pendek", tak de lah nampak berserabut sangat..hahaha. Kalau nak letak sawi pun ok, sedap juga. Mat kan ada satu resipi lagi guna kue teow, ambik dalam buku masakan chef wan, macam sedap je, cuma belum berkesempatan nak mencuba. Terima kasih yea pada semua, walaupun N3 blog benda2 ulang tayang, anda tetap setia mengunjunginya....mat terharu nihh..nak nangiss kejap...hmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g kue teow
3/4 cawan isi kerang
1 batang fish cake, hiris
1 cawan hirisan daging batang pinang
2 genggam taugeh, dibuang ekor
1 1/2 camca besar cili kisar
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji bawag merah, hiris
2 biji telur
1/2 camca teh gula
1/2 cawan air
3 camca besar kicap pekat*
1 camca beasar sos tiram*
1 1/2 camca besar kicap cair*
1 camca besar sos tomato*(*bahan2 sos)
Hirisan timun, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan bahan2 sos (*), kacau, masukkan daging, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  2. Masukkan fish cake, kerang dan kue teow, gaul pantas hingga rata, tolak mee ke tepi kuali, pecahkan telur dan biar telur sedikit mengeras, kacau dan gaul bersama2 mee tadi.
  3. Tambah taugeh, gaul rata. Rasa jika kurang masin, renjiskan dengan kicap cair. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ulam timun dan lada hijau jeruk...hmm sedap nihhh!!