RENDANG AYAM GAHARU.

Rendang Ayam Gaharu
Assalammualaikum....semua ok ke?..Mat ok..ok je lah, cuma sakit mulut (ulser), tapi tak pe, kesabaran tu penting, sakit sikit yang kita terima tu cuma ujian je (ke sebab aku termenderhaka kat seseorang tu...erkk..tidakkkkkk!!!!), petang tadi dalam jam 6 mat masak rendang ayam gaharu. Pening kan dengar nama rendang ayam tu, apa nak buat dah tu nama dia, takkan nak oter pulak, dah leer sakit mulut, kang derhaka lagi, tah sakit apa pulak yang datang...tobatt pak tua!. Rendang ni sedap, pedas dan sedikit menyengat dengan rasa rempah ratusnya. Secara asas kan rendang ni sama jeee. Tak pe, sendiri tengok yea bahan2 dia, sama ke tak. Nasib baik laah boleh membebel guna jari, kalau kena cakap, sah2 leer mat kena cakap style sopaaann, bahasa isyarat semua keluar. Jom kita lihat resipi senang ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Post a Comment

11 Comments

  1. emm..pedas la gamaknye ayam gaharu ni ye mat..nak wat gak..tp kena kurangkan cili..nanti ank2 x mkn lak..thanks mat..eina copy resipi ni ye

    ReplyDelete
  2. mulut ulser? jumpalah doktor, sapu ubat, kurang minum air kot abang mat ni, harapkan teko jer melambak-lambak. minumnya idak juga. ehehehe~~~~

    ReplyDelete
  3. mattt... kiter seghuperrr! besau ko! adehhh dosa apa pulak yang telah aku termenderhaka! ohhh tidakkkkkk juga! huhuuu...

    ReplyDelete
  4. cik mat... sedaplah nampak rendang ayam ni... nak try buatlah... izin ambik resepi ni...

    ReplyDelete
  5. adoiai che mat.. dh kna ulser msk pds2 pulak awak hehe.. selain jumpe doktor yg kompom awk akn dberi 'oral aid' bleh juga buat jus celery + epal.. haaa kate org kn smua brmula dr dlm.. so reduce pns bdn dlu bru mmbantu.. k che mat. moga cpt sembuh, Amin.

    ReplyDelete
  6. salam Che Mat. Sedap nampak rendang yang Che mat Buattu.Che Mat kena ulser mulut ke? Kata org tua2 kena ulser mulut ubat makalah pedas2 dan kumur2 ngan air garam cepat baik. Satu lagi banyak minum air masak kosong. Sebenarnya panas dalam tu. Che Mat , saya minta izin ya copy resepi che Mat.

    ReplyDelete
  7. anak akak pun nangis ngidap ulser mulut tu, apa tidaknya....susah nak minum air, sama mcm Mat kot?
    beberapa hari ni teringat nak buat rendang tp asyik lupa beli serai, nak buat la nnti.

    ReplyDelete
  8. Dah lama x visit yr site..I nk minta izin copy resepi ni..nampak cam mengancam jerrr..tima kasih

    ReplyDelete
  9. http://www.facebook.com/pages/lumut/Pokok-Gaharudepukarascendana/150181188340689?v=info&ref=ts#!/pages/lumut/Pokok-Gaharudepukarascendana/150181188340689?v=wall&ref=ts

    ReplyDelete
  10. MENJUAL DAUN GAHARU..SILA HUBUNGI NO 0125418874 EN ROSLI

    ReplyDelete
  11. ginilah gayanyer en mat oii, sekali nak raya, sekali cari resepi, terima kasih ye..kak yus copy ye resepi en mat ni..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.