KARI AYAM DENGAN BETIK

Kari Ayam Dengan Betik
Assalammualaikum semua, salam Isnin...Macam lemau jee lah hari ni, hujan pagi buat kan keadaan mendung je. Hari ni kan macam blurr nak masak, satu masalah kalau kita serumah tapi citarasa tekak masing2 berbeza, kenalah mempelbagaikan menu. Hari ni mat tiba2 teringat, kalau di Negeri Sembilan, mereka suka tau mempelbagaikan betik dalam masakan, ada tu dibuat gulai, campur dalam rendang, goreng pedas dan juga masak bening. Kali ni mat masukkan betik mengkal dalam kari ayam sebagai pengganti kentang.... Hmm sedap i tell u, rasa lemak2 manis betik disamping teksturenya yang kenyal2 lembut. Hmmm idea kosong lah hari ni, nak tulis pun tak reti dah, main letak jee apa yang terlintas... Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ayam, potong sederhana besar, cuci dan toskan
300 g betik mengkal, potong kasar
2 camca besar rempah kari daging (mat guna rempab babas)
2 camca besar cili kisar
2 keping asam gelugor
1 camca besar kerisik
300 ml pati santan
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:-)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu, masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing, tuang bancuhan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sebentar. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih hingga ayam 1/2 masak. Masukkan asam gelugor dan kerisik. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih dengan api sederhana.
  3. Akhir sekali masukkan betik tadi, kacau dan masak hingga betik sedikit lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Betik akan lembut sendiri dalam periuk. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman..
KARI AYAM DENGAN BETIK KARI AYAM DENGAN BETIK Reviewed by Mat Gebu on July 12, 2010 Rating: 5

12 comments:

  1. Salam Mat,

    Kitorang suka letak betik muda kalau masak kari ayam kampung. Itu kan petua org dulu2 tuk lembutkan daging ayam. Dan betik tu pon leh makan gak bila ayam dah masak. Sedappp..Akk suker..

    ReplyDelete
  2. salam mat..
    aku tgh kira2 nih camne nak dapatkan betik! hmmm... 1+1=2, 2+2=4, 3+3=6.. aishhhhh.. apesal susah nk dapat niH! esok aku sambung kiralah!!

    ReplyDelete
  3. salam rafidah...
    Tu salah satu petua orang dulu2 kan, tapi mmg betullah betik rasa dia bertambahs edap bila dimasukkan dalam gulai ayam..

    salam hana...
    Hahaha, mcm ni lah aku ajar koo, 100 + 100 = kari ayam dengan betik..boleh gitu?..

    ReplyDelete
  4. salam cik mat
    mak oiiiiiiii..cedap tuh..
    kalu kat kampung, mak sy suka masak betik mengkal dgn ikan masin..fuhhhhhhhhhh mmg bertambahlah nasi...kalu kena dgn geng nyer...

    ReplyDelete
  5. Mat, wow weee..x penah lg jumpa kat Kontan ni org wat kari ayam + betik..ni kalau ada anak dara yg dipilih makYah nk wat menantu, kalau x pandai masak kari ayam + betik ni..mmg elok balik lenggang itik je la nampaknya....hehee

    ReplyDelete
  6. salam chemp...
    Tulahh...ishh mcm nak buat pulak..siap lah lepas ni, mat gebu dengan teko antik..tak de beza, kegebuannya..hahhaa''

    salam kak ummi...
    hahahaha, adehh akak ni, ada ke mcm tu pulak...saya tak kesah cuma kalau dia makan rabbit, mmg awal2 sebelum subuh, saya reject..kesian rabbit.

    ReplyDelete
  7. isk..isk..isk..
    cik mat neh...dlm lemau2 senin pun masak tetap mabeles!!!

    ReplyDelete
  8. salam cikmat...
    lepas nih dpt betik tak yah pening nak perabis camne...leh gak taruk dlm kari nih...

    ReplyDelete
  9. salam cik mat...wahhh kari ayam dgn betik,baru pertama kali saya dengar ni...mesti sedap gak ni,sesekali tukar selera ok gak ni...

    ReplyDelete
  10. salam cik mat.. melelh air liur saya nengok kari ayam ngn betik tu. Buat saya tingat mskn mak saya. dia slalu gak masak kari ayam ngn betik ni, tp kan kami belah utara masak kari ayam/daging masuk kerisik. kalu cik mat masuk kerisik dlm kari ayam tu msti lg kaw2.Cuba la..

    ReplyDelete
  11. salam from kitchen with love...
    Apa nak buat, lemau2 pun tetap kena buat juga...sedih dalam gembira...hehe.

    salam aishah...
    Betul tu kak, lepas ni kita boleh pelbagaikan lagi si betik tu kan..

    salam ima...
    Eh, sedap tau, nanti cuba try, tapi guna betik mengkal yea, jgn yg dah masak, tak bley...

    salam syud...
    Memang betul, saya pun kerap letak kerisik dalam kari ayam atau daging. Belah utara depa memang kerap kan guna sayur mcm ni, terutama nangka muda...

    ReplyDelete
  12. Tq atas peekongsian. Saya nak cuba esok..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.