URAP PEDAS BEREMI

Urap Pedas Beremi
Assalammualaikum semua, salam Selasa. Kebelakangan ni cuaca tak menentu sungguh, pagi panas, kejap lagi hujan, kang panas balik. Keadaan macam ni pun boleh buat rasa tak sedap badan, selsema dan demam. Jadi kena lah selalu minum air masak..waa, ala2 makcik pulak. Ok hari ni mat share satu resipi urap "beremi"..tau tak apa tu pokok "beremi?", ianya sejenis tumbuhan yang sering tumbuh di kawasan berpasir terutama berhampiran kawsan air masin. Pokoknya seakan2 pokok bunga "pukul 10" yang ada pelbagai warna. Pokok beremi ni sedap dibuat urap. Semalam abah mat pi Batu Pahat dan dia ada beli pokok beremi ni di pasar. Jadi mat buat lah urap pedas. Rasanya lemak2 manis dan ada sedikit pahit di hujung2 rasa. Pokok ni banyak khasiat dari segi perubatan. Senang didapati dipasar2 basah, atau pasar2 tani..

Rupa pokok beremi, abakan jari pak tua yang gebu dan montok's itu yea...hehe

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g pokok beremi
1 cawan kelapa parut putih
1 biji bawang besar hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pokok beremi, dibersihkan, tosk hingga betul2 kering, hiris tapi jangan terlalu halus, ketepikan. (kalau boleh, cuci dan toskan beremi hingga betul2 kering).
  2. Kelapa parut digaul bersama bahan2 tumbuk lumat hingga rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan beremi dan hirisan bawang besar, gaul hingga mesra.
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan boleh hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 yang lain. Selamat mencuba...

Post a Comment

11 Comments

  1. Salam CMG.
    Sedap urap beremi ni, goreng ngan cili api pun sodap......kalo kat kg memang senang dapat tak yah beli petik aje hee...hee...hee...

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Mat,
    rupa dia macam ala2 snow pea sprouts kan. Tapi kan, first time dengar nama beremi ni. Ye lah, I ni kan Jawa yang bukan duduk tepi laut, hehehehe....

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Mat..betul tu saya selalu p petik pokok beremi ni tumbuh kat tepi2 rumah..sebb rumah mak kat Tampoi selalu air pasang tp x pernah masak,tolong petikkan n bg org.tengok lauk Cik Mat menyelerakanlah..

    ReplyDelete
  4. Oooiii Mat, pestaim dgr nama pokok ni dan tgk rupanyaaa..ish ish..akak igt pokok nih, lembu jek yg makan..wakakaa...amboiiii berkilat kuku ko, baru lepas pi manicure ke..ahaksss!!

    ReplyDelete
  5. tumpang tya cik mat...
    urap ni kira ny cam kerabu la ek???
    bkn pe sya ni budak bru blaja..kurang ilmu bab resepi tradisional ala menu dari istana neh...harap dpt beri tunjuk ajar...(*_*)

    ReplyDelete
  6. mat... i pun jakun gak dgn pokok beremi... x pernah dgr pun nama tu. Almaklum i x pernah tinggal kat tepi laut... mat org x tnm ke pokok tu?

    ReplyDelete
  7. salam en.mat..hahah, kalo k.ummi nak tegur kuku en.mat, zla lak nak tegur mangkuk en.mat yg lawa terlampau tus. adakah kami terkeluar dr tajuk?heheh

    ReplyDelete
  8. tak pernah tengok plaks cheq pokok ni!=)

    ReplyDelete
  9. salam cik mat...akak terigt ms akak kicik2 dulu, kutip beremi ni tepi longkang aje. now ni, nak kena cari kat psr tani baru jumpa, kedai2 biasa tarak!!!

    ReplyDelete
  10. pestime dngar nama syur tu cik mat...maklum la xsuke nga ulam2 ni..tu yg xde awek mudo..hahaha..

    ReplyDelete
  11. salam rosidah...
    Yeaa betul, tapi kalau kws kampung dekat2 dgn laut lagi senang nak cari.

    salam LG...
    Ha ah, sama lah, tu nasib baik abah ai jawa Pontian, dekat dgn laut..kalau jawa darat, sah2, tatau punya..hahahha..

    salam siti inderawati...
    Haa kan dah kata, ni Pontian kan, memang senang dapat. Tapi rasa dia bila dah buat urap, memang leer sedap..

    salam kak ummi...
    Cittt ada ke lembu pulak peginyaa, ini ada nilai perubatan yea, kalau rabbit makan ni kan, bulu semua kilat, suara pun jadi seksi..lepas tu melompat dengan penuh keayuan gitu..rela keee. Psstt..kuku macam tu pun lawa ek..hahaha..

    salam FKWL...
    Yess, kurang lebih, selalunya kalau ada campur kelapa mentah mcm ni kita panggil urap. Orang jawa suka benda2 mcm ni...salah satu benda wajib untuk nasi "ambeng".

    salam deco choco...
    Hmm tulah, mungkin ada setengah2 tempat, panggil nama lain. Tanam tu ada kot, ni yg depa jual rasanya tanam kat kebun..hmm nak investigate makcik pasar tu nanti, nak tanya dia tanam ke atau ragut tepi laut..hehe.

    salam azila...
    Hahaha, adehh, kes berat nihh, lepas kuku, mangkuk pulak, takpe2 masih berkisar pasal benda masak2. Tu exceli kan, mangkuk kuih raya, saya kan suka menderhakakan penggunaan sesuatu benda tu...selamat bercuti yea...

    salam FA...
    Pelik kan, dulu2 saya ingat pokok bunga tau...

    salam ain...
    Hahahaha, betul tu kak, tepi longkang je kan, lagi2 kalau longkang tu "isian" dia jenis berkhasiat tinggi, pokok tu, masya allah besau2, gemok2...hahha..

    salam maz..
    Uikk akak, tak suka makan ulam ke, tak pe lahh, kak maz tetap anggun. tu gelak2 dan senyum pun leh awet muda...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.