GRILL DAGING PEDAS

Daging Grill Pedas
Salam petang Jumaat yang mulia untuk semua...Dah makan tengah hari ke, 2 - 3 hari ni mungkin mat akan sedikit sibuk, esok insya allah "Sis Linn dan family", Kak Ct Delima dan family", Shai dan Retna, masing2 akan mencermar dulu ke pondok mat gebu. Moga semua nya ok esok dan berjalan dengan lancar. Hari ni nak share satu resipi yang mat ambik dari blog "Ika Bangkok".. Masakan ala2 thai, nak kata macam kerabu pun ada. Kalau tekak yang baru sihat, resipi ni amat lah sesuai sangat..sedapp, ada rasa masam, manis, masin dan rasa2 herba. Terima kasih pada Ika Bangkok...

BAHAN "A" :-)
250 g daging batang pinang
1 camca besar kicap
1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus

BAHAN "B" :-)
5 biji bawang merah, dihiris
1/2 cawan daun pudina, diracik
Hirisan daun saderi
Hirisan daun bawang
2 camca besar gula (mat letak 1 camca besar)
2 camca besar sos ikan
2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
Hirisan halus cili padi secukupnya (ikut nak pedas ke tak)
1 biji tomato, dihiris kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul semua bahan2 "A" dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 "B", masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa. Hidangkan sebagai pembuka selera.....hmm memang selera punnn....bahaya nihh...hehehe

Post a Comment

6 Comments

  1. salam mat...
    adoohhh... semalam aku dah ngences kat umah ika. arini kat umah ko pulak! apesal la lembu aku asyik terlepasss ajer!!!

    ReplyDelete
  2. Mat, agaknya kalau ganti ngan ayam sedap tak? nak try tp yang ada cuma boneless chicken je...x cuba x tau kan.....

    ReplyDelete
  3. sedapnya daging grill pedas mat tu!! terliur akak tengok. mintak sikit!
    wahhh...sibuk nak terima tetamu ye. bila la akak boleh sampai ke umah mat pulak ye..???teringin gak nak pegi!!!

    ReplyDelete
  4. Salaams Cik Mat,so yummylah daging grill ni. Thx for sharing.

    ReplyDelete
  5. yang best pasal mat ni.. kadang2.. sampai 2-3 menu die masak sehari.. memang special la mat ni..untung sape dapat mat.. ehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.