DAGING MASAK MERAH BERNENAS

Daging Masak Merah Bernenas
Assalammualaikum semua, selamat petang, menu apa makan tengah hari tadi?...Hari ni mat masak senang je, ada asam rebus tumis dan lauk2 lain..Tapi kan tiba2 teringin nak makan satu resipi yang mat dah simpan lama sangat, kutip kat mana pun aku dah tak ingat, resipi ringkas dan rasa dia ala2 sweet sour sikit2. Tapi kan kalau ikut resipi asal dia guna daging batang pinang yang ada lemak2 sikit, lagi sedap kooo!!...waaa, ada tu bila dengar terus macam seram sejuk...hahaha. Tapi kalau nak guna daging biasa pun boleh cuma kena rebus dulu biar empuk. Yang ni mat guna daging batang pinang dalam 350 g saja.. Ok jom kita lihat resipi mudah dan ringkas ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 putih telur*
1/2 camca teh lada sulah*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar tepung jagung
1 cawan isi nenas, didadu
1 batang leek, dikerat2 dan rendam
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris berbaji
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 cawan sos cili "Thai"
1/4 cawan sos tomato
2 titik pewarna merah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dilap kering dengan paper towel, gaul dengan telur putih + lada sulah, kemudian golek2kan dengan tepung jagung, buat hingga habis dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dah toskan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan leek (toskan dahulu), sos cili "Thai dan sos tomato. Kacau rata dan jika perlu tambah sedikit air.
  3. Masukkan nenas, daging dan pewarna merah, kacau rata, masukkan cili hiris dan bawang besar. Biar masak sekejap dan tambah garam secukup rasa dan jika suka manis sedikit boleh tambah secubit gula.
  4. Masak hingga pekat dan hampir kering, boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas......
DAGING MASAK MERAH BERNENAS DAGING MASAK MERAH BERNENAS Reviewed by Mat Gebu on 6/10/2010 03:19:00 PM Rating: 5

8 comments:

  1. dari awal teringin nak makan nenas mat.. sabar je lah menunggu bulan 7 ke atas.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. arghhhhh sedapnyerrrr manis nenas ngan daging! tgh tunggu lembu la nih tak sampai2! adeehhhhh... lapo perot aku la weihhh!

    ReplyDelete
  3. sukanya ngan resipi yg mudah, ringkas dan sedap ni!!!! sesuai ngan org2 mcm akak yg agak malas2.hehe

    ReplyDelete
  4. salam cmg
    masakan nie kan..kalu baru baik dr demam..selera tgh mati..mmg besttttt..sbb ade rase masam2 nenas tuh mbangkitkan selera....
    psssttt..nak request macaroni bercheeseeeee simple ala mat gebu blh??tringinlah..(bukan ngidam taw)..anak chemp yg kecik suka sgt..asyik dok ulang kat Kenny Rogers jer-lebur duit..huhuhuhuu

    ReplyDelete
  5. Salam Mat...weii lauk camni le best..tkde berkuah sangat...my kids & hb mesti suka....sebab klu masak yg berkuah pun ..lauk jer dikoreknya kuah tk mkn..daging pun dok lonely dlm fridge..bole try ni

    ReplyDelete
  6. Salam Cik Mat...sedapnya tengok lauk ni..mintak sikit!ndak tak ndak kena masak jugak ni..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Nenas ade, leek pun ade...boleh lah try nnt...
    tq cik mat!

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.