Sambal jantung Pisang
Salam untuk semua, hari hari Khamis kan....hmm sekejap sungguh masa zaman sekarang ni. Hari ni masa agak terbatas, kerja macam dok menunggu saja..lepas ni, ada yang tu, lepas yang tu, ada yang ni pulak...peningg kepala tau, nasib baik lahh tak de boss nak suruh2, perintah2 atau arah2 kita buat kerja....legaaaaa. Ok hari ni kan mat buat "sambal jantung pisang", ini typical peranakan nya makanan...Sama seperti orang2 melayu, mereka juga mengadaptasi dan mengadun serta mengolah supaya ianya serasi dengan citarasa mereka, unik kan. Mat gunakan jantung pisang "nipah" memandangkan saiz nya besar, mat guna 1 biji saja..Tapi kan jantung pisang hutan lagi sedap...kalau yang tu kena guna 2 atau 3 biji sebab kecik2....

Sambal Jantung Pisang
Resipi asal dari Nyonya Florence Tan, pakar masakan nyonya. Dalam resipi asal dia ada campur dengan belimbing buluh yang dihiris halus2, tapi mat tak de stok, kat pokok pun dah habis gugur. Jadi mat cuma perahkan jus limau kasturi. Udang kalau dapat guna jenis kecik, baru nampak lawaa, dia melingkau jee atas sambal tu..yang ni guna udang besar, kena lah kerat kecik2....macam kurang cun laaa...hmmm ok lah jom kita lihat resipi mudah ini....eh..lupa pulak seperti biasa...pantun...hehehehe

BUNGA RAMPEI DALAM RAGA,
DIHIRIS HALUS OLEH CIK SERI,
TAK BOLEH TIDUR ASYIK TERJAGA,
TERINGAT SI DIA SEHARI-HARI.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah (kalau jantung kecik, guna 2 biji)
8-10 ekor udang sederhana besar
5 biji bawang merah, hiris halus
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
3/4 camca besar sambal belacan
200 ml pati santan
3/4 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang, dibuang kulit luar hingga jumpa bahagian putih, belah 4 dan rebus dengan 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga jantung pisang lembut. Tos, biar sejuk dan perah kering. Hiris halus dan masukkan dalam satu bekas.
  2. Masak santan tadi hingga mendidih, masukkan udang, sambal belacan, gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan bila udang bertukar warna, matikan api dan sejukkan.
  3. Satukan cili hiris, bawang hiris dan daun limau purut bersama2 jantung pisang. Gaul rata. Tuang no. 2 dan gaul sebati. Tambah perahan jus limau kasturi sehingga mendapat tahap kemasaman yang anda inginkan. Gaul rata dan hidangkan segera.