Salam Isnin buat semua, apa khabar..sihat ke, sejak musim panas melanda ni ramai juga teman2 blogger yang diserang demam, batuk dan sakit tekak...harap2 mereka cepat sembuh dan mendapat rawatan secepat mungkin yea..Memandang kan sotong dalam freezer masih berbaki, apa kata kita masak satu masakan mudah gaya nyonya peranakan. Rasanya pedas, manis, dan masam sedikit dari jus limau kasturi dan aroma serai dan bunga kantan menambahkan lagi keenakkannya... Jom semak resipi..eh..eh..eh..kejap pekara wajib kalau masak lauk peranakan...."pantun"..hehehehee...
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g sotong sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
3 batang serai, dititik
5 -6 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis lengkuas*
3 biji cili merah*
10 - 15 biji cili padi*
1/2 inci kunyit*
1 inci belacan*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
SINGGAH SEDILI BELI BELACAN,
BELACAN DIBUAT OLEH PAK SALEH,
MEMANG SEDAP MASAKAN PERANAKAN,
KENA GAYA MAKAN TAK TOLEH
BELACAN DIBUAT OLEH PAK SALEH,
MEMANG SEDAP MASAKAN PERANAKAN,
KENA GAYA MAKAN TAK TOLEH
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g sotong sederhana besar
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
3 batang serai, dititik
5 -6 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis lengkuas*
3 biji cili merah*
10 - 15 biji cili padi*
1/2 inci kunyit*
1 inci belacan*
2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sotong diasingkan badan dengan kepala, cuci bersih kepalanya dan kelar2 badan sotong tadi, tapi jangan putus, buat hingga siap, cuci kembali dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk bersama serai hingga harum, masukkan bunga kantan dan sotong tadi, kacau rata dan masak hingga sotong kecut sedikit. Tak perlu tambah air, kerana sotong akan mengeluarkan air semasa dimasak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau dan tuang jus limau kasturi. Masukkan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...
6 Comments
akan dicoba dengan jayanya
ReplyDelete;-)
bab2 sotong ni, kasi kat k.ct mat gerenti habis semangkuk k.ct ko dok ratah camgitu jer... hehehe
ReplyDeletesalam joe...
ReplyDeleteHahaha, sila2 jgn tak cobaa...
salam kak ct...
saya suka kak, tapi seperti biasa lahh, kang lebih makan aku jadi kera pulak..gatalll!!!
salam mat..sotong mmg fav akak. td nak cari gak kat psr mlm, x de pulak yg molek. esok kena pi pasar la nmpak gaya.
ReplyDeletesalam kak ain...
ReplyDeleteExcelikan saya suka sotong, TAPI..tu lah alergi...geram punya pasal, belasah juga laa, tapi 1 - 2 ekor jee..
semua masakan nampak sedappppppp...laparnya masuk blog nih.. adeshh
ReplyDelete