Mat gebu
Jom kita lari dari dunia2 masak yang penuh dengan "stress" dan "imaginasi"...Anda pasti tau kan bunga kemboja ni atau bahasa2 orang pertanian dipanggil "Plumeria", tapi kalau kat tapak2 semaian lebih dikenali sebagai "frangipani"...untuk maklumat boleh lah jalan2 ke sini.... Ok jom sambung balik berleter...hahaha, exceli kan kat rumah mat ada tanam 4 pokok bunga ni, tapi frust laa, sat tadi tah macam mana boleh terdelete gambar bunga jenis merah, yang uniknya pokok2 ni, bunga yang berlainan kaler akan memberi aroma yg berbeza. Tapi kan mat suka yang kaler putih tu, alahh yang banyak orang2 tanam kat tanah perkuburan tuuu....laaa seramm keee..hahaha..tapi ada waktu menyeramkan juga!!!, Teringat satu tika dulu masa abang mat no 2 menetap di sebuah banglo lama di Perak, rumah tu dah lah era2 kolonial, dok pulak tengah2 kawasan ladang, dan depan rumah tu ada sepokok bunga kemboja putih a.k.a kemboja kubur yang besar....waktu siang nampak menarik dan rustic but when night fall, hahahaha, macam cerita horror kooo!!!....

mat gebu
Selain merah, mat ada 2 jenis lagi seperti dalam gambar ni, satu warna pink (but not so pink laaa...) dan satu lagi tri-color (bukan kek marble trio yeaa). Pokok ni kan kadar pembesaran dia agak perlahan dan akan merendang bila besar, nak rendang lagi, kena kerat, nanti dia bercambah jadi 3 dahan..itu yg mat perhatikan lah. Bila masa2 petang, waktu lepas hujan kan, rasa tenang sungguh kalau lalu tengok pokok2 ni, dengan titisan air di hujung2 kelopak yang mekar bak anak dara...(sah2...aku "biol"...). Lupa pulak nak cerita, orang2 kita pun ada tu "pantang" tanam pokok ni kat rumah...tatau lah pesal, sedara2 mat dari Negeri 9 masa 1st time datang dulu pun dia kata tak elok tanam pokok ni...hmm itu lah kita ni, dah disogok dengan kesah2 yang tah hapa2 sejak kecik, jadi sampai ke tua masih percaya...Pada mat lah, apa lah dosa2 pokok ni kan sampai "pantang' tanam di halaman rumah... Rasa nya dah cukup lah acara berleter hari ni, bukan apa, tiba2 kan rasa macam nak lari kejap dari dapur, periuk, kuali dan bahan2 masakan....ok semua jumpa di lain N3 yang pasti akan kembali dengan menu2 yang mencuit tekak anda....guaaa belahhh duluuu!!!!......