Assalammualaikum semuaa, laaa, semua nampak macam lepak jee, tau lah hari ni Isnin. Anak2 pun bukan main suka laa, sebab cuti sekolah selama 1 minggu telah bermula, jadi ibu2 mulalah sibuk ke dapur. Ok untuk N3 pertama hari ni mat share satu lauk yang sinonim dengan orang2 kita. Udang galah dan mat gebu tak boleh dipisah kan, sampai ada blogger kata, nampak udang galah teringat "mat gebu" haaa, tuu diaa..... Sebenarnya udang galah ni hasil abah mat memancing, dan kebetulan mat dapat rebung dari kakak sedara yang balik ke Perlis baru2 ni, rebung ni payah nak dapat kalau belah2 selatan ni. Pertama kali makan dulu bila kakak ipar mat (orang Kokdiang, Kedah) masak kari rebung ni...Kita jadi "jakun", maklumlah 1st time tengok. Rasa dia manis dan rangup, masak pun boleh dipelbagaikan....Awas yea ini bukan lauk untuk orang pantang...tapi ini lauk untuk orang yang mengidam. Mat masak atas permintaan, tapi hakikatnya aku tak bley makan udang tu lebey2...nanti gatal....alergi...arghh...sabar jee lahhh!!!..
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g udang galah,
500 g rebung utara
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
3 biji buah keras*
4 biji cili merah*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g udang galah,
500 g rebung utara
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
3 biji buah keras*
4 biji cili merah*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- PENYEDIAAN REBUNG :- Celur rebung tadi (selalu kalau beli memang dah siap2 rebus, jadi kita celur lah lagi sekejap) kemudian, hiris rebung tadi, pastikan jangan putus, cuma 1/2 bahagian rebung tadi. Kemudia hiris pulak bahagian bawah rebung, tapi kali ni melintang (nanti jadi rupa macam dalam gambar di bawah...jari gebu tu kalau buat gulai pun sedap!!). Buat hingga siap dan ketepikan...
- Udang dibersihkan, gunting muncungnya dan korek keluar kotoran dalam kepala udang menggunakan hujung pisau..(boleh lihat sini..). Buat hingga siap, cuci dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan udang dan gaul rata. Biar udang kecut sedikit. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
- Masukkan rebung dan kacau rata. Biar mendidih hingga rebung lembut. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin (sapa nak guna serbuk perasa pun bolehhh...).
- Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak untuk 1 - 2 minit dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..Selamat mencuba..
7 Comments
salam Mat,
ReplyDeleteKalo takleh makan, pas lah kat kte ni Mat oii...dh lm mengidam nak mkn udg galah tuu..jeles tau..kat area kte ni ssh nk dapat udg galah...huhu
salam DJ...
ReplyDeleteHehehe, selalu kan udang galah abah saya dpt boleh tahan besar2..tapi yg sedang2 ni yg bess, kalau besar, dah tua, liatt...
Naik selera tengok!! Suka sgt kalo baca Mat masak lauk2 kampung ni. Hehehe teringin nak makan, tp penyakit M lagi power. So terliur pun pendam ajer la..
ReplyDelete..sy kagum ngn hasil keje mat nih. thks share resepi. rebung kat sini blasah yg dlm tin jekk..leh dicuba ini resepi
ReplyDeletesalam CMG
ReplyDeletejom tengok gambar pokok buluh rebung madu ni..dlm blog akak. akak balik kedah ..sepupu buat kebun dlm halaman rumah dia dan rumah nenek akak. best...cari kat N3 buluh madu
kalu berminat nak tgok..ahakss..
eh mcm sedap aje resepi ni lah. cantik aje ko potong rebung tuh, mcm jeruk betik pulak nampaknya. Molek gitu
ReplyDeletelapaqq:-)
ReplyDelete