AYAM KUKUS SOS NENAS

Ayam Kukus Sos Nenas
Semalam kan, dalam N3 "Egg Benjo", diruangan komen, ada satu permintaan dari "seseorang" (tatau lah mamat mana tahh..sendiri tgk lah blog dia kat sinii....) supaya mat menghasilkan satu hidangan sihat....tanpa minyak, dan juga resipi untuk orang berpantang. Resipi untuk orang berpantang ni kita cerita nanti yeaa, bila termunculnya resipi tuuu, baru kita "gossip"... Ok hari ni mat buat satu resipi yang sihat, tanpa minyak dan mudah bangett memasaknya. Jadi sesiapa saja boleh buat. Nak lagi senang, penyediaan awal ayam yang diperap bersama2 bahan boleh disediakan dulu. Buat siap2, simpan dalam peti sejuk... Apa2 pun kita nak kena bijak merancang (bukan merancang keluarga jeeee!!!), termasuk dalam hal2 yang kecik...tapi kan aku ni cakap je, ada kala sendiri pun tak ter"rancang"..ahaks, mati lahh lepas ni ramai yg carut's kan mat gebu sekali lagiii!!!....dah...dah..jom semak resipi, kalau rasa2 macam ter"suka", nanti boleh cuba yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping bahagian peha ayam
1 batang serai, hiris halus dan cincang*
1/2 biji bawang besar, didadu halus*
4 biji cili padi, cincang halus*
1 1/2 halia, diparut*
3 ulas bawang putih, diparut*
2 pelepah daun bawang, hiris halus*
Garam secukup rasa
1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
1/2 biji cili merah, dadu halus
1/2 biji bawang besar dadu
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1/3 camca teh gula
1 camca teh kicap cair
1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
  3. Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera....
AYAM KUKUS SOS NENAS AYAM KUKUS SOS NENAS Reviewed by Mat Gebu on 3/15/2010 03:05:00 PM Rating: 5

6 comments:

  1. er...ayam tu ok dah ...nenas tu boleh ke perempuan nak mengandung makan ?? ke untuk lelaki nak diet je ni ?

    ReplyDelete
  2. salam Ben...
    Opsss...kalau ngandung tu jgn leerr, ben try ganti dgn buah peach dalam tin....tapi tak payah masak lama2 sebab peach tu dah lembut...

    ReplyDelete
  3. salam.. maaf tumpang lalu menyampuk jap.. nenas kalu org mengandung makan sikit x pe.. kalau dah lebih dua bulan biasa nyer kandungan dah kuat.. jangan balung satu biji nenas sudah la.. tu mmg nak terberanak awal tu.. apa2 pun itu kuasa Allah.. kalu berani leh makan kalu tak jangan. anyway mat.. ayam tu nampak sedap.. kalu guna nenas dalam tin pun ok kan?

    ReplyDelete
  4. salam miza...
    Terima kasih sebab kongsi info yea....Kalau guna nenas tin pun ok, lepas tu kan, gula yg 1/3 camca teh tu abaikan, dan ganti dengan jus nenas tu...

    ReplyDelete
  5. oooooooooooooooooooooooooooooo...paham pahamm...tq tq mat gebu n miza ..

    ReplyDelete
  6. salam..
    sama2.. no problem.. kalu leh share kiter share.. macam mat share resepi la kan..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.