Tiba2kan teringin tau nak buat "egg benjo"...sebut betul2 yeaa...bukan "benjol", "bengong" atau "benashaari"...hahaha..batuk2 anak muda tu, jatuh semua besi2 yang dia dok angkat!!.. Sebenarnya malam tadi, saja2 lah buat roti kosong ala2 roti benggali, tapi mat bentukkan macam bun kosong, bila lepas tabur bijan dan dibakar, dah sebiji macam bun burger. Lepas tu kan nak buat burger, tapi mat agak kurang lah dgn daging burger...bukan tak suka cuma kurang gemar sikitttttt je... Teringat pulak satu jenis burger yang boh telur, digelar "egg benjo"..apa lagi kita mulakan operasi, buat satu ni je, lepas tu kerat 4..hahahaha, maklumlah melantak tak hingat kang pingsan tergolek kat dapur pulak....kena pulak tutup blog masak2 ni nanti!!...hahaha... ok ok jom tengok resipi....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 adunan roti kosong..klik sini untuk resipi...
Bijan secukupnya
3 - 4 biji telur (ikut banyak mana nak buat, 1 egg benjo, guna 1 telur)
Daun salad
Hirisan tomato
Hirisan timun
Hirisan bawang besar (optional)
Hirisan "gherkin" jeruk (optional), boleh lihat sini...
Keju chessdale secukupnya
Sos tomato/cili
Mayonnaise
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 adunan roti kosong..klik sini untuk resipi...
Bijan secukupnya
3 - 4 biji telur (ikut banyak mana nak buat, 1 egg benjo, guna 1 telur)
Daun salad
Hirisan tomato
Hirisan timun
Hirisan bawang besar (optional)
Hirisan "gherkin" jeruk (optional), boleh lihat sini...
Keju chessdale secukupnya
Sos tomato/cili
Mayonnaise
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK ROTI :- Adunan tadi dibahagi kepada 12 bahagian sama besar, berat kurang lebih 65 g setiap satu. Bulat2 kan dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Biar 45 minit. Spray dengan air pada permukaan doh roti dan tabur dengan bijan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
- UNTUK TELUR :- Panaskan non-stick pan dengan beberapa titik minyak. Sapu minyak pada bahagian dalam acuan telur @ egg ring (boleh lihat contoh disini....) dan letak dalam non-stick pan tadi. Perlahan2 masukkan telur ke dalamnya (pecahkan dulu dalam mangkuk lain). Tekan sikit atas egg ring (tujuan mengelakkan telur meleleh keluar di tepi bahagian bawah acuan). Biar hingga telur mengeras, keluarkan dari egg ring dan masak hingga atas telur kental (mat tutup pan sekejap dengan tudung periuk). Bila masak boleh diangkat.
- UNTUK EGG BENJO :- Bun dibelah dua, sapu dengan sedikit margarine atau mentega pada belahan dan panggan dalam kuali sekejap, bagi wangi. Kemudian susun daun salad, tomato, timun, gegelang bawang, telur dan paipkan sos tomato dan mayonnaise. Letak 1 keping keju dan letakkan bahagian atas bun tadi (mat guna sos thousand island jee). Hidangkan segera....
23 Comments
OKAY, nampak yummy sangat. :)
ReplyDeleteRajin betul ye che mat.
ReplyDeleteamboi amboi amboi ..heheh ... mau kena cuba gak neh...nak mintak puan azila tlg buat nanti ..hehehe
ReplyDeletesalam farah...
ReplyDeleteBoleh cuba nanti yeaa..ini senang sangat..roti tu beli jee..
salam tok nabe...
Rajin tu lah, setakat mengembalikan sesuatu tren yang kadang2 dilupakan...
salam Ben...
Hahaha..Ben tersedak2 ke.. Memang sesuai utk puan azila mencuba...saya ada lagi satu resipi khas utuk "lelaki"..tungguuu!!!
wah my peberet ni.. nak kena try ni.. tempting sungguh..
ReplyDeletewat a coincidence, semlm pun akak anak beranak mkn burger egg benjo gak, beli nyer version la, buat lum lagi.hehe
ReplyDeletesalam miza...
ReplyDeleteYess...kalau yg tak makan daging, yg ni ok kan...telur tu saya rasa mcm kurang lebar lahh..tak cantik sgt rupa en. benjo tu...
salam kak ain...
Ye kee kak, boleh tersama pulak, saya buat roti malam tadi, jadi siang tadi saja lah buat egg benjo, nak menghabis kan stok sayur pun iyer juga....
mat gebu .. cuba buat makanan yg mempunyai kalori rendah dan berkhasiat .. sesuai untuk lelaki dan juga wanita yang sedang dalam diet dn juga berpantang.. hehe...
ReplyDeleteBen...ok..pak tua akan usahakannya...ehem ehem...dah plan untuk lauk berpantang nampak...
ReplyDeleteMAT GEBU...ayu tak leh makan telur...kalau buat,roti dan sayur nak gantikan protein ganti apa eik?..
ReplyDeletelagi satu...asyik diet makan sop sayur...ada cadangan yg lain2x?...
terima kasih
Salam siti rahayu....
ReplyDeleteTu lah kan, asyik makan yg sama je, boleh tak jalan juga...Ikan pun boleh juga dipelbagaikan, kukus, bakar, buat bebola dan campur dalam sup sayur...Selain tu rasa2nya "tofu" adalah salah satu sumber protein juga dan boleh dipelbagaikan style memasaknya.. Kalau tak boleh makan telur, cuba try guna fillet ikan sebagai ganti (perap lah dengan rempah ratus yg puan rasa sesuai)..then bakar dalam non-stick pan dengan sedikit minyak zaitun@minyak jagung...
Sedap la pulak nampak egg benjo mat gebu ni. Nampak delicious dan berkhasiat gitu.
ReplyDeletesalam...erm,memandangkan nama dah diseru dlm entry ni..makanya mlm td demi mengelakkan suami sy yg hantu meggi tegar tu masak megggi...makanya sy pon buatla egg benjo ni spt yg en.mat suggestkan..mmg berbaloi2 even bhn xcukup n rotinya just guna roti gardenia..tp yg ptg misi terlaksana..tqqqqq
ReplyDeleteMakan haaaatiiii tengok ko punya roti bun tu. Dahla tu... siap di mekap dengan saknika maknika mende! Ish ish ishhhhh
ReplyDeletesalam school of tot...
ReplyDeleteHmm, itu lah alternatif yang tak makan daging burger...bukan apa kadang bau si daging tu kuat...
salam azila...
wowww..bersemangat!!...apa2 pun terima kasih, alah benda2 ni kan boleh buat ikut style mcm mana yg kita nak...apa2 yang saya share kat sini cuma sebagai panduan jee, nak membebel mcm Ben tu kita ni tak xpert langsung....
salam mamafami...
Maaa...long time no see, aiseyy guaa ingat luu tak sehat tau..macam mana projek kek susu marble ari tu sudah seleseyy kaa?..Pstt egg benjo ni kalau mama, tutup mata pun boleh buat..betul tak apa guaaa cakap ni?..
Erkkk...en.mat gebu tahu ek saper suami sy???heheheh...w/pun xbebel, tp ttp menjd tpt rujukan sy sentiasa....:)
ReplyDeletesalam azila...
ReplyDeleteTerima kasih....terharu ni.Tau juga, itu pun setelah mentelaah blog membebel's dia tu...dia tu tidur membebel jugak ke?
salam en.Mat..hehehhe...erm..erm...maso tdo?hehhehe...
ReplyDeletesalam en mat. minta izin nak share resepi2 mat kat diari saya yer. sblm nih selalu cuba resepi lauk pauk di sini. semuanya mabeles dan delicious. tima kasih byk2 dan semoga mat sekeluarga dirahmati Allah selalu.
ReplyDeletesalam Ben...
ReplyDeleteEh,..ada juga yg masa tidur membebel's...koo jgn tatau Ben...
salam eliza...
Terima kasih atas doa2 anda itu dan saya izinkan dgn seikhlas hati...terima kasih juga sudi mencuba dan bertandang ke blog saya yg tak seberapa ni yeaa...
sALAM MAT ADUHAIIII
ReplyDeleteWahhhh mentangler air da ada mcm2 ko masak yek. terliur tgok. ehehehhe....air beyh tuh buat ke beli ?
salam kak zura...
ReplyDeleteYang tu dpt free....hehehe..nanti nak link n3 akak pasal buat air beyh tu...
arghhh.. egg benjo yang bakal menjahanamkan dietku.. TIDAK!!!
ReplyDeleteSalam tuan rumah :)