SAMBAL DAGING WARISAN & ROTI PRATA TAMPAL.

Mat Gebu
Assalammualaikum semuaa (hari ni "ejaan" penuh yeaa....hehehe, thanks a lot to my dear MamaFami for your conscience).. Hari ni kan mat rasa lega sikit, setelah masuk hari ke-7, bekalan air mula ada, tapi kan manyakkk kecik maaa itu air....tak kesah, janji keluar. Ok ni nak cerita sikit. Sebenarnya kan ini sarapan pagi tadi...amacam nampak macam "melayu" sangat kan dengan sambal daging warisan dan juga roti prata tampal, ada pulak air kopi panas. Kopi pulak jenis yang apek kisar tu-tu jam juga masa kita nak beli. Kalau mat kan kopi suka boh halia sikit, bagi berangin..tapi awas u, lepas tu siap koo buang angin memanjang.....kann Linnn..hahaha, batuk2 makcik pepel Bukit Indah tuu....

Sambal Daging Warisan
Ini pulak satu lagi resipi tertangguh hampir 1 minggu kalau tak silap pekiraan mat...wawaaa, bahasa klasik... Excelikan sambal daging ni nampak kat blog mamafami, kebetulan masa kita berchating dulu, sempat juga mat risik2 resipi dia, maklumlah nampak gambar kan main menawan lagi, pendek kata kalau ngandung (aku tak leerr...u all yg aweks2 tu semuaa!!), boleh meleleh leer air liur anak korang esok2 bila dah termuncul!!. Menurut antologi sejarah sambal daging ni, mama kata ianya hasil air tangan arwah nenek mama....Tu pasal mat letak nama "Sambal Daging Warisan", bayang kan kalau letak nama "Sambal Daging Mamafami?"...erkkk...mampus koo aku kena saman dengan abang darling diaa.... tak rela pakcik.....

Roti Prata Tampal
Ini lagi satu cerita...nak cerita ke ek, alaaa, cerita juga laa...Sebenarnya kan...mat kan...bukan nak buat roti prata tampal tau, tapi nak buat roti prata yang gulung ala2 swiss roll macam kat blog Hana tu. Stok roti canai segera ni pulak bila dah siap ditampal, tak boleh nak digulung!!..sebab asal kejadian roti prata tu tebal sikit...alaaa keciwaa sungguh. Tapi dah kita yang buat dia, pepandai leer nak modifey jadi macam mana pun, asal ianya masih menawan dan sedap dimakan, tak pe lain kali mat buat lagi yang jenis gulung tu...aku tak puas hati nihhh....

Roti Prata Tampal & Sambal Daging Warisan
Ok bila dah siap2 masak dan susun lawa2, air kopi pun dah tuang....apa lagi sarapan laa, jangan lupa baca doa (bukan apa, takut karang lupa diri sampai termakan dengan pinggan2 tu sekali...hahaha, mati lah aku kena caruts lepas nihh!!). Ok, jom kita semak resipi ni serba ringkas yeaa...mat ucapkan terima kasih pada mereka2 yang memberi sumber inspirasi (MamaFami, Hana, Kak Ummi Kuantan, Gert dan lain2).....Oh yea sebelum tu nak bagi tau, kalau ada lah tulisan, susunan ayat, atau makna2 perkataan yang agak mengganggu jiwa2 anda semua, sila lah bagi teguran, jangan risau, mat ni walaupun dok kampung the ulu, tapi fikiran ku masih boleh menerima teguran....janji, mat tak saman sesiapa!...

BAHAN-BAHAN SAMBAL DAGING WARISAN :-)
500 g daging batang pinang
1/2 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 cawan cili kisar
5 biji bawang merah, ditumbuk halus
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan pati santan
2 biji bawang besar, dihiris kasar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ROTI PRATA TAMPAL :-)
3 keping roti canai segera
2 biji telur saiz besar*
1 biji bawang besar, dadu*
1 pokok daun bawang, hiris halus*
1 biji cili merah, hiris halus*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1 camca besar susu sejat*
1 keping keju "chesdale", hiris dan bagi 3 bahagian

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL DAGING :- Hiris daging, cuci dan toskan. Kemudian rebus daging tadi bersama halia dan bawang putih dengan sedikit air hingga kering, keluarkan halia dan bawang putih tadi. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga harum, masukkan bawang merah tumbuk hingga garing, tuang santan dan jus asam jawa. Kacau dan masukkan daging. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa, masukkan juga hirisan bawang, kacau dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan.... Jus asam jawa tu agak2 lah yeaa, letak sikit dulu, kalau rasa macam tak cukup masam, tambah lagi...
  2. UNTUK ROTI PRATA TAMBAL :- Panaskan non-stick pan, titis kan beberapa titik minyak masak, dan bakar sekejap roti prata. Buat hingga siap, ketepikan. Satukan semua bahan bertanda (*). Kacau rata. Panaskan non-stick pan yang sama, titiskan beberapa titik minyak masak, ratakan. Tuang 1/3 bancuhan telur tadi. Bila permukaannya nampak pekat, tabur 1 bahagian keju tadi dan letakkan 1 keping roti prata tadi, tekan2 sikit dan masak dengan api perlahan hingga telur masak. Terbalikkan roti tadi dan masak lagi sekejap. Alihkan roti yang telah masak ke dalam pinggan, buat selebihnya hingga siap.
  3. UNTUK MENGHIDANG :- Roti prata tampal tadi dipotong kepada 6 bahagian sama besar, susun dalam pinggan sesuai dan hidangkan bersama sambal daging warisan, kalau ada kari atau dalca, lagi sedappp dihidangkan bersama....Selamat mencuba untuk semua yeaa...
SAMBAL DAGING WARISAN & ROTI PRATA TAMPAL. SAMBAL DAGING WARISAN & ROTI PRATA TAMPAL. Reviewed by Mat Gebu on 3/13/2010 02:34:00 PM Rating: 5

8 comments:

  1. hahahahaha... takpo la mat! tampal tampal pong nmpk lagik sodapppp! dulu laki aku gelakkan aku wat roti tampal neh! dier berkata2 'apa neh main tampal2??' cehhh! skrg nih biler aku tak tampal telur, dier bertanya la pulak nape tak tampal! bukan apa, sbb dier tau, klu aku buat yg tebar2 tuh mmg akan jadi telur tuh bertampal jugak! coz aku tk ghetiii! serabut telur tuh kuor2! nk angkat ke koli ancus terus jdnyer! hahahahahaa eh! mek senah nih! pjg lagik!! hikhik

    ReplyDelete
  2. salam mat...panjang celoteh mat hari ni. seronok baca. seseronok tengok pratha tampal mat colek ngan sambal daging warisan. tu belum lg kopi kaw2 mat!!

    ReplyDelete
  3. salam mat...hehehe..mat ni..kat sini rupanya buat lawok tak hinggat donia..tergolek2 akk baca..akk suka roti prata tu, tapi suka yg plain jer..sedap la..tambah pulak siap hidang dalam pinggan mangkuk bunga gandum tu..kat johor byk ekk pinggan mangkuk bunga ni..akk dah order dgn yah..insyallah nextweek sampai ler tu...sorry citer pasal pinggan mangkuk lama pulak dalam blog org masak2 ni

    ReplyDelete
  4. salam hana...
    Alaaa, aku frust koo, sebenarnya buat yg golong2 tuu..tapi roti prata/canai yg ni kawan abg aku yg buat, jadi dia a bot tebal's dan bila dah siap2 masak tu kan nak gulung tak bley. Lain aku aku try guba prata "kawan"...

    salam kak ain...
    Mula2 saya plan nak buat 2 N3, tapi malas pulak, saya sekali harungkan aje, tu yg panjang berjela sikit..silap2 dari sedenak boleh sampai ke pasir gudang....hehe

    salam kak azah...
    Kak, blog sini ke, pinggan mangkuk ke, depa ada sangkut paut. Kat Johor ni nasib2 juga kak, kalau cawan tu saya kurang dapat...ni kalau dpt nak cari teko aladin dia..kalau dapat creamer jug n sugar pot lagi lahh bess....kena tingkatkan daya usaha nihh..hehe

    ReplyDelete
  5. cik mat.. pagi td aku dah try. sedap dan lazat. mcm murtabak. huhuh. husband aku pon suke. cicah dgn kari dhal 'kawan'. ;)

    ReplyDelete
  6. salam cik keju...
    Terima kasih laa sudi mencuba...senang dan sedap, lagi2 laah cicah dgn kari....

    ReplyDelete
  7. salam cik mat..minta izin nak try..cuma ada satu soklan..kalo kita tak letak santan adakah tidak umph??

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.