SOTONG KUNYIT ISTIMEWA..

Sotong Kunyit Istimewa
As'laikum semua, dah siap masak ke?. Hari ni mat masak sotong, tapi awas tidak sesuai untuk yg ada sakit gaot atau alergi (eh..aku alergi juga...aiseyy, macam mana boleh lupa!)...Kadang2 sotong ni masak paling ringkas dah sedap. Hari ni nak try satu resipi experimen, tapi ini macam sotong goreng kunyit biasa tu...tapi ada kelainan nya, nak tau apa, ok jom lihat resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong, potong bulat, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih hiris
2 batang leek, dibersihkan, kerat2 dan rendam
1 camca besar jus asam jawa
Garam dan sedikit gula
1 inci kunyit hidup*
2 biji cili hijau*
1 camca besar bawang goreng*
3 ulas bawang putih*
1 kiub ikan bilis maggi*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong ditoskan kering, kemudian gaul dengan bahan tumbuk halus hingga rata, perap 30 minit dalam peti sejuk. Toskan leek dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga perang dan wangi, masukkan sotong, kacau rata dan masukkan leek. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih.
  3. Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan tambah garam (jika perlu) dan sedikit gula. Masak hingga pekat, angkat dan tabur dengan bawang goreng (jika suka). Hidangkan panas....

Post a Comment

4 Comments

  1. salam mat,kiub ikan bilis tu kalau diganti dgn kiub pati lembu or ayam orait tak?.K.rose rasa kiuh ikan bilis tu macam hanyir ckit..camne tuh?

    ReplyDelete
  2. salam kak rose...
    Boleh je kak, kalau tak nak guna pun ok....

    ReplyDelete
  3. apa rahsia leek lepas kerat kena rendam ?

    ReplyDelete
  4. makkk aiih makanan nmpk sedap dah plus ngan nice photo shoot...lagi marbeles......lapar nyer...

    ReplyDelete