Salam sejahtera buat semua....Kalau tengak judul resipi semua orang dah pernah buat, alah ikan bakar apa susah, betul tak...Tapi tak kesah, mat letak juga, yelah, blog kita ni kalau sepi je takde n3, mula lah kena gossip, kat email pun melambak dok tanya, pesal tak update, koo pingsan tergolek kat dapur ke, hakikatnya bukan apa, kita masak benda yang sama, jadi takut pulak komen2 pedas, lagi berasid terkena kat hamba...Sebenarnya ikan bakar ni meluas, boleh pilih dari pelbagai jenis ikan di pasaran, tapi dengan syarat, nak ikan sedap, kena guna ikan segar, mana yg dok dekat dengan kawasan nelayan baru angkut naik ikan dari laut, memang lah bertuah, ikan segar, koo rebus buta2 pun sedap, apa lagi kalau dibakar, ishh buat laksa pun sedap.. Pada mat, paling utama nak bakar ikan, mesti guna api bara, baru keenakan tu terrrserr lah. dengan haruman bau2an asap...ada juga yg kata tak elok, zaman sekarang ni macam2, sampai tatau nak kata apa, tawakal jee lahh. Lagi satu, hidangan ni perlu ada pencicah, itu terpulang, bagi mat, sambal air asam dgn budu, yang palingg ku gemari...boleh pingsannnn!!!...
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor ikan kembong hijau (atau ikan cencaru)
Garam secukup rasa
1/2 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
1/2 camca teh minyak masak
BAHAN SAMBAL AIR ASAM BUDU :-)
20 - 25 biji cili padi siam (kaler merah), yang ni ikut suka, kalau nak keluar asap, boleh tambah
1 inci belacan, dibakar
3 biji bawang merah, dibakar
1 ulas bawang putih, dibakar
1/3 cawan budu
1/2 cawan jus asam jawa
Gula secukup rasa
4-5 biji limau kasturi
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 ekor ikan kembong hijau (atau ikan cencaru)
Garam secukup rasa
1/2 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
1/2 camca teh minyak masak
BAHAN SAMBAL AIR ASAM BUDU :-)
20 - 25 biji cili padi siam (kaler merah), yang ni ikut suka, kalau nak keluar asap, boleh tambah
1 inci belacan, dibakar
3 biji bawang merah, dibakar
1 ulas bawang putih, dibakar
1/3 cawan budu
1/2 cawan jus asam jawa
Gula secukup rasa
4-5 biji limau kasturi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan kembong (atau apa2 ikan pilihan), disiang, cuci bersih dan perap dengam garam, minyak dan bahan tumbuk lumat, selama 20 minit. Kemudian bakar atas api bara hingga masak, kurang lebih 7- 10 minit untk setiap bahagian. Nak bakar guna oven pun ok, tak de hal punya.....Buat hingga siap, angkat dan hidangkang bersama sambal air asam budu, sertakan dengan ulam jika suka...
- UNTUK SAMBAL AIR ASAM BUDU :- Tumbuk lumat cili padi, bawang merah/putih bakar dan belacan. Masukkan air asam jawa dan budu, tambah sedikit gula, perahkan jus limau kasturi, kacau rata. Ok, untuk yang ni, citarasa bergantung pada individu, nak masam tambah jus limau, nak kurang pedas sikit boleh tambah gula, tapi garam tak payah budu dah sedia kala masin... kalau tak makan budu, boleh abai kan yea..tapi rasa waa garenti tak sama....Selamat mencuba...
16 Comments
macam skrg jugak aku nk bako ikan!! tp nasik tak masak lagik! mintak ko sepinggan nasik mat! ala sepinggan jerkkk...
ReplyDeletesalam hana...
ReplyDeleteLaaa, pesal tak cakap, ni aku kasi dgn periuk2 sekali...hahaha, batu giling koo nak tak hana?..aku ada ni..
salam mat..budu kome letak dalam ayor assam....kak Rose tak penah cuba..betul ke sedap????pasti kene try ..
ReplyDeletesedap ikan bakar...tapi la ni nak cari ikan yang segar payahla yang macam saya ni dok di pinggir bandar...harap beli kat Jusco kalu terdesak...
ReplyDeletesalam kak rose...
ReplyDeleteLaa, cuba akak try test...saya mmg campur budu dalam sambal air asam..sedapp kak!!
salam sonata...
Tu lah, sama lah kita, kalau nak ikan segar, kena pi batu pahat atau pontian..itu pun nasib2..untung mereka yg dok dekat2 dgn kws nelayan...ikan segar2 dan murah sikit dari harga pasar.
besok combi pi carik ikan kembong..!
ReplyDeletesalam kak combi...
ReplyDeleteHahahaha, kak combi tergoda jugak kaaa....tapi ikan bakar tak pe kan kak, hidangan sihat....jumpa esok di pasarrr!!!....
Salaams Cik Mat, malam2 ni perut laparlah tengok ikan kembong bakar. Very de tempting. Thank you many2 for sharing, Kak Jamelah.
ReplyDeletemat..combi mai lagi pasal tertinggal minyak angin cap boya kat sini.hang ada nampak dak??
ReplyDeletebesok kita pakai baju merah no pi pasar!
salam kak jamelah...
ReplyDeleteSama2 kak, ikan bakar memang sedap, lagi2 lah dimakan masa hangat, pastu ada ulan dan nasi lembut sikit...adoii, leh pingsan...
kak combi...
Orait...hahah, jgn lupa bawak bakul, okey!
cam best la sambal air asam budu tu.. x sangka mat makan budu.. :)
ReplyDeletesalam miza.hanif...
ReplyDeleteYep, saya ni semua boleh jalan...specially ulam2..cuma jering dan kerdas tu tak boleh lahh, bau dia power sangat..hehehe
Che Mat, kecurnya tengok air asam + budu... lama tak pekena.
ReplyDeletesalam cik mat,
ReplyDeleteakak jemput cik mat jenguk blog masak2 akak yg baru belajar merangkak tu....jemputlah ya .. ~cooking time~
salam huda ahsin...
ReplyDeleteAlaa ciannya, kecur ek, saya kan buat air asam budu tu satu tupperware besar u, dok simpan dalam peti ais..senang utk kegunaan kemudian hari..
salam kak nor...
Tahniah kak ada blog masak2, ok ok saya pi yeaa...and link blog akak..
salam mat.. dah try resepi mat yg nie.. best.. makan bertambah2..mmg sedap asam budu tu.. mmg boleh pingsan.. btw, thank you very much for sharing.. moga ilmu memasak bertambah berkat..
ReplyDelete