Advertisement

Main Ad

IKAN KUAH ASAM

Ikan Kuah AsamAlign Center

As'laikum, dah makan nasi ke semua, ok hari ni tak reti nak cerita-ceriti, sebab hari ni nak cakap pun macam malas, nak fikir pun malas, nak cerita pun malasssss.....nasib baik jari masih rajin menaip kata2.... Sebab kan tekak nak makan benda2 yang sedikit masam (pleasee yeaa bukan aku ngandung okeyyy...gila koo, jantan nak bunting apa!!!), mat pun masak lah masakan ni, resipi tatau lah mana dapat, aku main belasah jee...janji kena dengan tekak ku ni sudah laaa...ok jom kita semak resipi yeaa, pada yg sudi tuu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan bawal sederhana besar (kalau yg besar guna 1 atau 2 ekor)
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris
2 biji cili merah, hiris
1 batang leek, cuci dan kerat2, rendam
1/2 cawan air + asam jawa sebesar ibu jari
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disiang, cuci bersih, toskan, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis halia, bawang besar, bawang putih dan leek hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan sos tiram, kacau rata dan tambah jus asam jawa (tapis dulu). Tuang sedikit air jika perlu.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan goreng dan hirisan cili merah, kacau rata dan masak hingga kuah pekat sedikit. Tambah secubit gula dan garam secukup rasa. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat...

Post a Comment

3 Comments

  1. yg ni kita sukeeee.., slalu gak masak cam ni! simple, mudah & sedap kan cik mat?

    ReplyDelete
  2. salam kenal mat... tambah kan sedikit taucu pun sedap jadilah ikan masak taucu :)

    ReplyDelete
  3. makan laun cenggini, mmg tak ingat dunia makan!!

    ReplyDelete