PECAL JAWA..

Pecal Jawa
As'laikum semua, salam Selasa...Minggu ni macam minggu "Jawa" pulak, semalam masak meranti (sorry yea hana, aku dengar koo mengingau ek semalam, pasal sayur jawa tu..ahaks). Hari ni saja2 buat pecal jawa. Hari tu mat jalan ke blog "Kak Intan" sekali nampak dia buat pecal, aduhh terus macam termengidam pulakk. Jadi dari kempunan, mat pun buat lah juga, ye lah kan kot2 kang aku terbongkang dalam parit ke, tak pun jatuh tertiarap ala2 teletubies ke..sapa nak jawab?...Tapi excelikan mat sendiri tak percaya tau pasal "kempunan2" ni, kecuali kalau aku terlepas nak beli teko antik idaman hati, ha! kalau yang tu baru betul2 kempunan...Ok jom kita semak resipi, mungkin orang lain caranya lain...

BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan

BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar separuh halus. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. Dalam gambar diatas, ada antara sayur tu ditutup dek kuah dan ada yang tidak kelihatan...harap maklum yeaa...

Post a Comment

12 Comments

  1. Weee..apa kono e kau Mat, minggu jowo pulak tekak eh...mmg boleh ngigau pun tengok pecal ko nih..Ooo, pandai ko eh..kempunan makan2 ko x caya eh..kempunan teko2 lama ko bkn sj percaya, tp taksub sakan dah..ekekeke

    ReplyDelete
  2. salam mat


    mat pecal ni org panggil jugak jeghanan yg bermaksud sayur2an. nenek aku jawa wei.

    ReplyDelete
  3. mat, anto sikit mai kat kak rose pecal jawa tu.... betul2 ngences dibuatnya tau....

    ReplyDelete
  4. mat,

    ngences dibuatnyer nengok kuah pecal tuh... terbayang² dimata kuah pecal meleleh diatas sayuran + tempe + tauhu + bihun...

    ReplyDelete
  5. lepas nih aku rasa 40 ari 40 malam aku ngingau menu jawa ko mat!! smlm meranti, mlm nih pecel! esok apa pulak?? ader kene baling bantal ngan laki aku kang! ampeh ko mat! haha..

    ReplyDelete
  6. salam mat gebu...

    is..is sedapnya....

    ReplyDelete
  7. aduhh matttt...akak pun dah naik mengidam nak mkn pecal pulak dahhh!!!

    ReplyDelete
  8. hye sis...suke dgn blog sis nie..siap da link kn kt blog sy daa..n jd follower skali..hahahah..mak sy uat jgk pecal,bhn yg kt ats tue sume same except udk kering ngn cili padi..ktorg gne ikn bilis n xgne cili..sllu2 la post entri tau..i loike!! heheheheh

    ReplyDelete
  9. aritu tgk kat umah k intan pun dah ngencesss ni tgk kat sini plak...adehhh!!!

    ReplyDelete
  10. Hahahaha...
    Mat x kan mengidam nak makan teko antik pulak mat.sabor jer lah mat ada2 jer erk hehehe.

    Sedap pecal ni mat walau pun k.ct ni bukan jawo tapi hidangan ni kalau sekali2 makan memang best kan :DD

    ReplyDelete
  11. fuuhh... drooling lak tengok pecal ni.. mana nak cari cekur.. camna ropa cekur tu ek..

    ReplyDelete
  12. mat, saye jual sambal pecal ni...
    memg jwe ori tauuu...
    tumbuk pakai lesung kayu lagiii...
    try la mat...
    sambalpecalciktipah.blogspot.com

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.