Dah lama juga mat perhatikan resipi ni, nampak enak kan, ala2 popia, tapi guna kulit macam kita buat kuih dadar (atau lempeng tepung). Selalunya mat kerap jumpa kalau merayau di blog rakan2 cyber yang berasal dari Indonesia....Agaknya memang femes kot kuih ni kat sana...Resipi kulit dia mat dapat kat blog "Judith-Matahati". Tapi isiannya mat guna resipi sendiri.......
BAHAN KULIT :-)
150g tepung gandum
500 ml susu segar (mat guna 300ml susu cair + 200 ml air)
1/2 ketul kiub ayam "MAGGI"
Secubit garam
1 biji telur
BAHAN INTI :-)
1 biji kentang, kupas dan didadu
2 batang sosej, dadu kecil
1/2 cawan kacang pis
8 kuntum cendawan butang, dadu kecil
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar mentega
1 camca besar rempah kari
1/2 cawan susu cair
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar sos tiram
BAHAN LAIN :-)
1 biji telur, dipukul sedikit dengan garfu
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti warna kuning)
Minyak untuk goreng terendam
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari, sos tiram dan kicap cair, gaul sebati. Masukkan cendawan, sosej, kentang dan serbuk lada hitam, gaul rata. Tuang susu (tambah sedikit air jika perlu) dan masak hingga kentang lembut dan inti kering. Akhir sekali masukkan kacang pis, gaul rata dan angkat. Sejukkan.
- UNTUK KULIT :- Satukan semua bahan2 untuk kulit dan kacau rata (mat putar guna blender). Tapis bancuhan dalam satu bekas dan ketepikan. Panaskan kuali "non-stick" dan sapu sedikit minyak. Tuang kurang lebih 1/3 cawan dan ratakan hingga menjadi kulit dadar yang nipis. Masak hingga kelihatan pucat. Alihkan ke dalam pinggan, buat hingga siap (mat cuma masak 1 bahagian sahaja).
- UNTUK RISOLES :- Ambil sekeping kulit, isi inti dan gulung kemas (macam buat kuih gulung). Buat hingga habis. Kemudian, celupkan gulungan kuih tadi ke dalam telur dan kemudian golekkan dengan serbuk roti, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel, hidangkan bersama sos cili atau pun berulamkan cili padi!!!....
10 Comments
Cik Mat,
ReplyDeleteSelamat menunaikan ibadah puasa ya! Sudah makin pandai saja membuat snack ala Indonesia. Untuk risoles sebaiknya gunakan tepung roti yg berwarna natural dan bukan ketul kecil seperti yang Mat pakai, supaya hasilnya lebih cantik dan rasanya lebih ranggup diluar, lembut didalam.
che mat, salam terjah, hari nie baru sempat nak tanya, kalau kita kulit popia boleh tak....resipi che mat memang best2...rajin2lah terjah ke my blog yer..tapi bukan blog masakanlah...nuarliesya4879.blogspot.com
ReplyDeleteboleh buat moreh ni..
ReplyDeleteNyam nyam nyam crispy risoles ... (^_^)
ReplyDeleteresipi yg ku cari2 selam nie... boleh try buat... thanks mat
ReplyDeletesalam mat gebu... mmm sedap ler.... posa nie eyna dh buat.. tu yang nak citer tuuu...
ReplyDeletenak tanya mat gebu kat ner..???
also known as croquette lah abang mat. selalu makan kat france's frens function as light meal. tapi memang mirip2 lempeng berinti atau roti jala berinti kan. sorry kalau ada yg terasa ek. boleh check kat wiki.
ReplyDeletecik mat, saya slalu buat rissoles nih. tapi masa nak buat kuilt tuh mesti slalu tak jadi.. naik tensen jugak kdg2.. kalau jadipun mesti tebal.. boleh tak cik mat ajar step by step nk buat kulit rissoles nih.. thanks!
ReplyDeleteSALAM....KODEK2 ENTRY CMG...JUPE PLAK RESEPI NIE...LEBIH KURAN G JE KAN DENGAN RESEPI INI CARA N BAHAN LAIN SKIT
ReplyDeletehttp://cahayanurqasih.blogspot.com/2010/08/babauapa-tuekuih-la.html
serbuk roti ni nk buat cmno?
ReplyDelete