PULUT SERUNDING

Pulut Serunding

Ini kuih biasa yang orang2 kita makan (tak lupa cina peranakan juga....), mat saja je suka2 nak buat, resipi main hentam saja...memandangkan bulan puasa, nak menentukan tahap rasa tu agak terbatas, cuma boleh main "agak2" berdasarkan pengalaman.....

BAHAN PULUT :-)
300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
Santan cair secukupnya
1/4 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN SERUNDING :-)
1 1/2 kelapa parut, pilih yang kulit basah
1 batang serai, hiris halus*
2 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1/2 inci lengkuas*
2 biji cili merah*
3/4 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar mat guna acuan tat jenis bujur yang telah dilenser dengan sedikit minyak, tekan pulut padat2 dan keluarkan perlahan2, hidangkan bersama serunding).
PULUT SERUNDING PULUT SERUNDING Reviewed by Mat Gebu on 9/02/2008 08:26:00 PM Rating: 5

6 comments:

  1. cikmat!!
    penggila pulut sudah marii!! eheh
    mmg allergic sket la tgk pulut..
    tp kita ada sikit fail la bab2 masak guna pulut ni..
    terliur btul tgk kuih ni..
    my mom suka pulut bakar/panggang/lepa..

    emmm sedapnya bukak posa ngan pulut..
    tp ada sikit menambah kolestrol la kan..
    hancus diet i.. huk2

    ReplyDelete
  2. Aku suka sekali Nasi pulut. Warna hitam atau putih,pokoknya nasi pulut is very delicious ...

    ReplyDelete
  3. Salam Mat Gebu..

    Been a regular to your site, but this will be my first time leaving some prints behind. Why? Sebab Nasi Pulut has always been my favourite! Thanks. Will try this recipe out soon.

    I guess belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa to Mat Gebu and family. May you find peace and blessings during this Ramadhan Al Mubarak...salam.

    ReplyDelete
  4. pulut serunding best..... rugi sape x cuba(sebelum ni aku dah pernah makan)

    ReplyDelete
  5. salam kenal cik mat. kau lah idola ku...

    tunjuk ajar ku siffuuuuuu!!!!

    ReplyDelete
  6. CMG,
    I mmg 'hantu' pulut, maklumlah org utara.. tapi selalu makan dgn gulai aka kari telur or ikan pekasam!

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.