MINI TUNA PUFF

Mini Tuna Puff

Selamat berbuka puasa untuk semua....Masuk puasa hari ke-3 saja, mat mula sakit tekak, batuk, selsema dan demam2 sikit....memang dah musim agaknya. Untuk hari ni mat masak ringkas saja dan untuk sedekah kat jiran belakang rumah, mat buatkan "mini tuna puff"....guna pastry puff yang siap dijual tu aje..senang dan mudah.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack pastry puff jenama "kawan"(ada 10 keping bersaiz 4 x 4 inci)
1 tin tuna*
1/2 biji bawang besar, dicincang halus*
1 biji limau kasturi, perah jusnya*
2 camca besar mayonies *
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata2)
1 kuning telur, dipukul sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
  2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

Post a Comment

3 Comments

  1. CMG,
    soo tempting tgk mini puff u ni.. tambah2 bulan puasa ni..semua nampak best je!

    ReplyDelete
  2. Mat, 4 inci dipotong 4 lagi.. comelnyer size mini puff nie ! harap2 pastry puff jenama Kawan tu ada dijula disini, must go and check :)

    ReplyDelete
  3. Mat,cantik la gambar u ni..u pakai piknic atau ada yang lain...boleh share cam ner nak buat...Thanks

    ReplyDelete