GULAI PEDAS REBUNG & DAGING

Gulai Pedas Rebung & Daging

Sepatutnya bulan2 puasa tak delah elok sangat makan pedas2 macam ni.....TAPI.... memandangkan mat kurang sihat dan tekak agak payau, seelok2nya makan benda yang boleh membakar "tekak" ku yang kabur ini..ahaks!!!...Hari ni mat masak gulai daging dengan rebung yang khas dibawa dari Perlis..jengan memain u, jauh tau dia datang berkelana ke dalam periuk hamba...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang, potong ikut suka
400 g rebung jenis bulat, dikelar2 tapi tidak putus, boleh lihat disini...
800 ml santan cair
200 ml pati santan
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan cili padi*
1 inci kunyit hidup yang tua*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan daging bersama serai, asam gelugor dan bahan2 kisar halus dan masak dengan api sederhana hingga daging kecut. Tuang santan cair dan masak hingga daging 3/4 empuk.
  2. Masukkan rebung dan masak hingga daging lembut. Tambah pasti santan, garam dan sedikit gula jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga rebung lembut dan terbit minyak.
  3. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat dan ulam2 yang digemari....kalau ada petai...haiyoooo!!!, lagi sedapppp!!!!!!
GULAI PEDAS REBUNG & DAGING GULAI PEDAS REBUNG & DAGING Reviewed by Mat Gebu on 9/04/2008 05:39:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. cik Mat, sedap nya gulai ko,,rasa nak tercabut lidah ni rasa nya...alahai...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Pak Cik.....Aduhai Sedapnya Rebung Masak Dg Daging Tu....Mengamit Selera Kak Lin

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.