UDANG TIGA RASA

Udang Tiga Rasa

Hari pertama puasa, semuanya berjalan lancar, walaupun keje yang perlu dilakukan dari pagi melantak ke petang (whaaaaaaaa!!!!!!!!!!!.....waktu nak ber"tenet' makin kontot lahh itu macam kaloo!!!!!!), apa2 pun itu semua boleh diatasi....Sibuk2 pun memasak memang wajib, kalau tak masak ibarat demam tak makan ubat gitu u!!..heheheh

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 - 20 udang sederhana besar (mat guna udang kaki merah)
1/2 biji capsicum merah, potong berbaji
1/2 biji capsicum hijau, potong berbaji
1/2 biji capsicum kuning, potong berbaji
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 camca besar cili kisar
1/2 cawan cili sos (mat guna sos cili thai)*
1 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos tomato*
1 camca besar kicap cair*
Garam dan gula (jika perlu)
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, cuci, tos dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga harum, masukkan semua jenis sos (*) dan gaul rata. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau serta air. Gaul rata.
  3. Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga pekat. Angkat dan hidangkan....
UDANG TIGA RASA UDANG TIGA RASA Reviewed by Mat Gebu on 9/02/2008 12:29:00 AM Rating: 5

No comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.