PUDDING SUSU KOKTEL

Pudding Susu Koktel

Kerana terpesona dengan pudding susu koktel kat rumah "kak ummi" yang nuuunn jauh di Kuantan, mat pun cuba lah buat. Lagi pun serbuk agar ada baki, tak banyak dalam 6 gm macam tu, oleh yang demikian, mat buat 1/2 dari resipi asal (resipi dibawah, mat kopipaste kak ummi nya aje....mintak halal yea kak!!)....Sedap dimakan bila dah disejukkan dalam peti ais...mmmmmm!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail (mat guna nenas dalam tin ajee)

Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor, esen vanilla dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar.
  3. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Post a Comment

6 Comments

  1. Uiihh Mat cantiknyaa...dengan bunga tu sekali...very cute n so lovely dessert! Haa..sedapkan..Thanx to Jun too!

    ReplyDelete
  2. How pretty!

    Mat, there's an award 4 u at my blog ;)

    ReplyDelete
  3. Mat, cantik nye... and rajin nyeeee...

    ReplyDelete
  4. lidia...
    Terima kasih...saya maluu laaa...hehehehe

    Kak ummi...
    Sedap..bila dah sejuk lagiii sedap, nyamann gitu....

    VG..
    Terima kasih..nanti i ambil yeaa award tu..

    daybab...
    Terima kasih juga. alah biasa2 je, tak de cantik mana pun..

    ReplyDelete
  5. mat nak tanya,kalau susu cair ganti ngan susu kotak (dutch lady)yg selalu dimakan ngan bijirin tu, boleh tak?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.