CHOCOLATE AMARETTI

Chocolate Amaretti

Ni pertama kali cuba buat "Chocolate Amaretti"...Buatnya mudah dan hasilnya rangup cuma tidak boleh didedahkan sangat terkena udara, ianya akan mudah lemau jika terkena angin...Kandungan gula dalam resipi mat kurangkan....

Bahan-Bahannya :-)
2 putih telur
100 g gula aising (resipi asal guna 150g), diayak
1 camca teh esen vanilla
180 g badam kisar
1 camca besar tepung jagung
15 g serbuk koko
Badam biji secukupnya utk hiasan (optional)
Coklat cair (optional)



Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 155C. Lenser baking tray dengan sedikit mentega. Bakar badam dalam oven 10 - 15 minit, sejukkan. Putar putih telur hingga kembang, tambah gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga kental. Asingkan mangkuk dari mixer.
  2. Dalam bekas lain, satukan serbuk koko, badam kisar dan tepung jagung, gaul rata. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur dan gaul sehala menggunakan spatula hingga rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping beg, potong hujungnya selebar 1 cm. Tekan ke dalam baking tray, jarak hujung piping beg dengan baking tray 1/2 cm. Tekan sehingga menghasilkan bulatan berdiameter 1 inci. Buat hingga siap.
  4. Hias dengan kacang badam dan bakar 20 - 25 minit. Bila masak, alihkan ke atas jaringan, bila sejuk sedikit, paipkan zig zag menggunakan coklat cair. Simpan dalam bekas kedap udara bila coklat mengeras.

Post a Comment

12 Comments

  1. matt kalu nak taw kenapa dia cepat lemau ini kerana adanya tepung jagung :)....

    matt jom kito cubo besekut marcaroon pulak?? ko nak buat kat umah mak atau umah ko aja matt? :p

    ReplyDelete
  2. kak nisssszzxxx!!!....ahaks, oo ada tepung jagung ek, cepat lemau...."makeroon" tu pernah nampak, tapi tak try lagi, biskut "makmum" tak de ke?....apa kata kita buat kat "pasar geylang" jee...tak pun kat "vivo city"..amacam mak dara?..

    ReplyDelete
  3. matt!! sapo imam sapo makmum? ahaiii...

    lahaii, nak buat kat geylang mmg tak vouge lerr, kat bibo siti (ampun yer GG pelesu goyang-goyang lagi) pulak kelas sgt. apo kato kito buek kek cityhall mrt stesen jo haaa..baru vouge silap2 ekau ngan aku2 skali kena gari sbb buek pertunjukan haram ahahaha...jumpa di tanjung rambutan ajo ler :p

    ReplyDelete
  4. salam Mat..biskut ni nampak sedap, tapi mungkin kena makan cepat kan. Mangkuk kat belakang tu pun cantik, pandai betul ambik gambar !

    ReplyDelete
  5. yasmin...
    Min, biskut ni lepas coklat tu dah beku, u boleh simpan dalam bekas kedap udara utk 2 minggu....

    ReplyDelete
  6. sedapnye biskut ni....kalu raya lagi sedap kan.. :)

    ReplyDelete
  7. ah mat kakmOn rasa mcm dah raya tau, terhidu2 semekut coklat

    ReplyDelete
  8. nmpk pun dah tau sedap n rangup :)

    nnt raya combi cuba ekk..

    deco pun cantek..hg mmg marvelous !

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... ahaksss... bukan apa Mat, ma tengah prektis nak wish.. muahaha... sabor je la!

    ReplyDelete
  10. perghhh cookies ni harus dijual musim raya nnti!! marbeles sungguh..

    ReplyDelete
  11. erina...
    hehe, kalau raya mcm dah tak nampak biskut ni, sebab biskut lain banyak!!

    Kak mon..
    Tapi mana boleh lawan guli2 hikmat kak mon tu, kalau makan ibarat berada di alam kayangan...hehehe

    kak combi...
    cuba jgn tak..senang je tu kak combi. kalau tak nak letak badam seketui atas dia pun tak paa...

    mamafami...
    selamat hari raya utk mama juga...minta ampoon yeaa yg mana terkasar bahasa, maaf zahir dan batin..

    shima...
    Uikk dah ada plan yeaa...itu sudah baguss...

    ReplyDelete
  12. Akum Mat,

    Saya sudah pun menjadi peminat Mat...kagum dgn Mat ni...
    Mat update blog on 'real-time' basis...

    By the way, Chocolate Amaretti, berapa sukatan butter or menteganya?

    Thanks in advance...

    RQ

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.