Ini asam pedas Johor versi mat gebu, bahan2nya ringkas saja. Mungkin orang lain ada resipi yang lebih "Johor" lagi....kalau ada tu boleh lah kongsi nanti yeaa...Kali ni mat guna ikan duri atau ikan "mayong", boleh guna apa2 ikan berdaging yang digemari.
Bahan-Bahannya :-)
4 keping daging ikan "Mayong" (ikan duri)
10 biji bendi muda
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
Garam dan secubit gula
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk hingga lumat)
Air secukupnya
Cara membuatnya :-)
- Cuci ikan mayong, perap dengan garam dan jus limau nipis 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Bendi dicuci dan tos. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (kurang lebih 600ml atau mengikut keperluan). Biar mendidih.
- Masukkan ikan dan jus asam jawa. Tambah bendi (sebab bendi muda, tak payah kerat, cuma perlu buang sedikit tangkainya). Bila mendidih, tambah daun kesom, tomato dan garam secukup rasa serta sedikit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
9 Comments
Salam Cik Mat,
ReplyDeleteKebetulan pula ari ni tekak sy teringin nak makan asam pedas.Dah masak pun..next time sy cube resepi cik mat nie..
Kagumnyer sy dengan bakat cik Mat nie.Masak pandai, amik gambar pun cantik, web pun menarik...nanti sy balik Malaysia leh la kita kenal2.boleh ker?
salam ady...
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah..u dok kat mana sekarang ni?..i tak delah pandai masak, setakat boleh2 mcm tu....insya allah kalau panjang umur yeaa....
salam CMG,
ReplyDeleteMeleleh air liur tengok asam pedas tu...kegemaran saya tu. Nak masak tak tahu hehehe...Ni buat makin rindu nak balik M'sia...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam mat
ReplyDeletemarbeles la asam pedas tuh.tak taupun asam pedas buh kunyit.memang org johor buh ek?
suzi...
ReplyDeletealah2 siannya u, kalau dekat boleh juga i hantar semangkuk....
CtNik...
I rasa mereka letak, tapi tak byk cuma nak ambik rasa je, lagi satu asam pedas ni kalau terletak kunyit lebih, kuah dia tak jadi merah kan....
being awhile since i left words here...but still admire your beautiful pictures....and as for asam pedas, mine is similar to yours except i dont use black pepper but i use ginger bud....
ReplyDeletethink i will cook this for tomorrow's dinner...
asam pedas ikan duri memang fav saya.... oh imiss my untie.yg kat s'pore. the best cook off course after my mom
ReplyDeletesalam cik mat...pekabo? lama tak nmpk kt MyR,b'tapa ke?
ReplyDeletehm...tgk asam pedas tu t'ingat trs kat mak.sedapnya asam pedas ikan mayong.ikan sembilang pun best gak.tp klu nak mkn ikan2 ni kena la blk muar coz en suami tak reti mkn.iiisssskkkk....rugi...rugi....