Kueh Lapis Nyonya

Dah berapa hari buat roti, kali ni kita ubah selera ke dapur cina peranakan yang memang terkenal dengan kuih - muih yang anggun, cantik dan sedap. Resipi kueh lapis nyonya mat dapat dari blog "rozzan", dulu mat ada juga buat kuih lapis nyonya, tapi kali ni agak berlainan sedikit.....

Bahan A :-)
150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat*
160 ml air*(*disatukan)
Pewarna merah secukupnya

Bahan B :-)
180 g gula halus (mat guna gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

Cara membuatnya :-)
  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A, kecuali pewarna merah, dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 3 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 4 bahagian diberi warna merah.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian putih dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah), tambah 2 - 3 titik pewarna merah lagi dalam adunan untuk mendapat warna merah pekat, kukus hingga masak. Sambung kukus 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!