RENDANG NYONYA

Rendang Nyonya, khas dari dapur cina peranakan. Sedap dimakan bersama pulut kuning, nasi minyak, ketupat, lemang dan macam2 lagi....

Bahan-Bahannya :-)
1 kg daging lembu pejal, dipotong kiub sederhana besar
1 biji kelapa, diparut
2 camca besar kelapa tumbuk (kelapa digoreng seperti kerisik, tapi ditumbuk kasar)
3 helai daun limau purut, hiris halus (boleh guna daun kunyit)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar gula melaka
2 camca besar rempah kurma
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Bahan Kisar :-)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
5 biji cili merah
1 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci daging dan toskan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 4 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kayu manis dan bunga lawang, tumis hingga wangi, masukkan bahan kisar dan rempah kurma, gaul rata dan tumis hingga terbit minyak dan rempah garing, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan daging lembu dan gaul rata, masak hingga daging kecut dan masukkan santan cair, gaul rata. Bila mendidih, masukkan pati santan dan gaul rata. Masak dengan api sederhana hingga daging lembut, tambah garam, gula melaka dan asam gelugor.
  4. Masukkan kelapa tumbuk, kacau rata. Masak hingga pekat dan sedikit kering. Jika daging belum empuk, tambah sedikit air panas dan masak hingga daging lembut. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut. Rasa dan jika ok boleh diangkat.
  5. Terpulang pada masing2 samada hendak rendang lembap atau sedikit kering...Selamat mencuba!!!
RENDANG NYONYA RENDANG NYONYA Reviewed by Mat Gebu on 2/12/2008 03:23:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Ish sedapnya mat kalu dapat rendang ni...memang belasah habis..itu jam x igt inci lari pun..hehe..

    ReplyDelete
  2. matt...mano mongilang cam besekut jaybon plak jap ada jap takda, ni mosti kono tompias den kan matt kan kannn..??

    knis nk tanyo apolah bezo ghondang cino ni dongan ghondang2 yg sowaktu donganyo? kalo dah ado ghompah korma, lado itam & BELACAN mosti len ghaso & porasaan org yg mkn tuh! matt, kalo mkn jadi ijau cam hak tk per jgn ijau cam kodok dah lerr...ampuunn...sekian berita.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.