TEH SUSU AIS BIJI SELASIH

rsz_cmit
Assalammualaikum, salam Rabu. Cuaca2 panas macam sekarang ni buatkan tekak agak kurang nak menjamah makanan, tapi kalau minuman, tak tolak punya. Pagi tadi che mat menerima kunjungan ibu saudara dan juga sepupu, jadi dah masak awal, makan pun awal juga. Perancangannya petang ni nak buat lah sikit kudapan untuk minum petang, tapi mood tak rajin tu melekat sangat2, dah paksa pun dia tak nak pergi. Sambil duduk2 tapi che mat berwassap dengan Sis Linn, kita orang cerita pasal resipi derhaka che mat, teh susu ais biji selasih. Dia punya terkejut sebab takde orang bikin lagi. Che mat kata, kalau aku buat jadi, sedap dan tak pengsan nanti aku kasi tau eks. Dan alhamdulillah, dah jadi, dan sedap pulak tu...ehem..ehem...tengah2 bosan ni macam2 kerja giler boleh jadi...Bahaya!..Kalau anda teringin mencuba, che mat kongsikan resipinya...Jommmm!

BAHAN - BAHANNYA :-)
2 uncang teh BOH
600 ml air
Susu pekat manis secukupnya
Secubit garam (sikittt sahaja, jangan banyak2)
1 camca besar biji selasih*
1/2 helai daun pandan*
3/4 cawan air panas*(*dimasukkan dalam mangkuk dan tutup, biar hingga biji selasih kembang)
Air kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ten uncang dan air dalam periuk kecil. Masak hingga menggelegak dan kecilkan api, renihkan selama 5 minit, matikan api dan biar uncang teh terendam kurang lebih 20 minit atau hingga teh suam. Keluarkan uncang teh, masukkan susu pekat secukupnya dan kacau (anggaran 2 camca besar). Tambah secubit kecil garam dan kacau lagi. Ketepikan.
  2. Masukkan ais kiub secukupnya dalam gelas sesuai. Tuang teh susu hingga hampir penuh. Sudukan biji selasih yang telah kembang tadi atasnya. Kacau sedikit dan biarkan sejuk sebentar. Anda boleh nikmatinya.....Selamat mencuba!!.

Post a Comment

8 Comments

  1. Boleh cuba ni.. hihi selalu teh susu biasa je =)

    ReplyDelete
  2. menarik. satu lagi boleh juga guna chia seed kan? tp sket je la..xle macam ni.. huu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnyaa... panas2 gini dapat minuman penyejuk tekak. alangkah indahnya hidup :)

    ReplyDelete
  4. assalam che mat..mcm best je resepi air ni..kena cuba ni..hihihihi..daun pandan tu utk apa erkk?hehehehehe

    ReplyDelete
  5. salam..nak tanya ada buat blog review ke?

    ReplyDelete
  6. @ikmanizan Hasim - email che mat di adnanibrahim76@gmail.com

    ReplyDelete
  7. BiJi selasihnya boleh disimpan tak untuk buat air lain pada keesokan hari

    ReplyDelete
  8. Bjiji selasihnya boleh simpan tak untuk air lain pada keesokan harinya

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.