ASAM PEDAS SARDINE, BERANI MENCUBA?...

rsz_asam_pedas_sardine
Assalammualaikum, salam semua. Lambat sikit dapat bersiaran hari ni, maklumlah sibuk..dan menyibuk...ehem.. Anda masak apa ni hari?. Che mat masak asam pedas sardine. Memang dua tiga hari lepas mengidam nak makan sardine (dah kenapa si mat tu, asyik mengidam tak habis...mushkil gak nih..hmmm). Hari ni che mat masak sardine, tapi bukan goreng macam biasa atau masak kicap, tapi kita jadikan sardine tadi asam pedas, pernah cuba? Rasa2nya che mat sendiri pertama kali cuba, kalau bikin kari sama kentang tu dah normal sangat, dah selalu bikin. Sambal tumis pun sama juga. Kadang2 bila ada sardine asyik2 masak yang sama, bosan juga. Sekali2 kalau kita bereksperimentasi dengan benda2 segera ni bes juga, dapat hasilkan satu menu baru yang lebih menarik..

rsz_asam_pedas_sardine1

Resipi ini tak susah, guna bahan2 biasa seperti anda nak masak asam pedas. Che mat guna 1 tin besar sardine cap AYAM. Dan pastikan anda ada bunga kantan, daun kesom atau daun limau purut sebagai penambah aroma asam pedas. Che mat campurkan juga nenas madu. Ok kenapa perlu ada bau2an aroma untuk asam pedas sardine ni? Ini kerana sardine kan bau dia agak kuat dan bila ada daun kesom atau daun limau purut dan bunga kantan, dapat lah mengurangkan bau sardine tadi. Kali ni che mat masukkan sekali sos ikan sardine. Sedap dimakan bersama nasi, atau dicicah lempeng. Pstt che mat makan sama ketupat tadi, perghh merbeless okeh, curah pulak sedikit kicap lemak manis JALEN, lagi lahh terangkat kesedapannya....sebelum tu sudi2kan lah singgah di blog pilihan di sini.. Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine pilihan anda (che mat guna sardine cap AYAM)
1/2 biji kecil nenas madu, dibersihkan dan hiris nipis
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 helai daun limau purut (boleh ganti dengan daun kesom)
1/2 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air scukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos ikan sardine, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan, daun limau purut (atau daun kesom) dan kiub ikan bilis. 
  3. Perlahan2, masuk ikan sardine. Tambah serbuk lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Post a Comment

9 Comments

  1. Sangat sedap dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya. boleh la cuba nanti.
    Thanks.

    ReplyDelete
  3. Dah send gmbar menu ni kat wife... i is dah mengidam nak mkn ni... haaa... tak tau... sape nak tgjwb ni... huhuhu... kena buat sendiri la gamaknya...

    ReplyDelete
  4. Yer saya berani nak cuba, nanti nak beli sardin..
    Kena sardin yg beso ek baru best dan sedap...
    TQ Mat.. !

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar ni. berkecur air liur tengok gmbar nih!

    ReplyDelete
  6. terbaik lah CMG ...asam pedas ni dh mmg sedap.. letak apa pun mmg mengancam... tak kira ikan, ayam, daging atau apa saja pasti terangkatttt...

    ReplyDelete
  7. Sedapnye... tak rasa pun dah tau ni mesti sedapppppp!!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.