'RASAM' MENGHANGATKAN BADAN....

rsz_rassam
Pernah makan rasam?...apa tu rasam?....Rasam sejenis sup berasal dari India. Rasanya masam2 hangat dan beraroma rempah ratus. Masam dari penggunaan asam jawa, hangat dari lada hitam dan cili kering manakala beraroma dari rempah jintan manis dan sedikit halba. Sesuai jika anda tidak sedap tekak, selsema atau demam. Boleh dimakan bersama nasi atau dihirup seperti sup biasa. Kalau diperhatikan, ia sama seakan2 singgang asam jawa, cuma tak taruk ikan. Buatnya juga mudah dan che mat masukkan tomato dan sebiji bawang besar yang dibelah. Sebelum dihidangkan, tabur hirisan daun ketumbar (che mat tabur hirisan daun sup)....Nak mencuba, resipi seperti berikut dan kira singgah dulu di sini sebelum kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji bawang merah kecil, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
5 tangkai cili kering, potong 2 atau 3, cuci dan toskan
1 tangkai daun kari
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
3/4 camca besar lada hitam, tumbuk halus
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca besar pes asam jawa*
3 cawan air*(*bancuh dan kacau rata)
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh biji sawi
10 biji halba
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis daun kari, halba, jintan manis, biji sawi, bawang merah kecil, bawang putih dan cili kering (toskan dan perah)hingga harum dan layu. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata. Tuang jus asam jawa dan tambah air secukupnya (dalam 1 liter). Kacau dan biar mendidih.
  2. Masukkan lada hitam, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja...

Post a Comment

8 Comments

  1. Menu pelik yang sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Rumah saya slalu ada rasam ni.. mmg sdap sgt2

    ReplyDelete
  3. My mom selalu masak masa kecik dulu, arwah ayah suka masakan ni. Brings back memories, thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. Kakcik pernah bagi kepada bibik Indonesia yang datang bekerja hujung minggu di rumah kakcik beberpa ekor ikan. Dia kata 'balik nanti nak masak rasem'. Bagaimana rupanya rasem Indonesia tu agaknya, ya CM? :)

    ReplyDelete
  5. penang sini di panggil Rasepodi. Tapi minum dlm gelas...

    ReplyDelete
  6. Lebih mudah guna serbuk rasam babas..

    ReplyDelete
  7. Ayo yo yo... banyan sedaplah ini. Very thank you for sharing.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.