BEN ASHAARI

Friday, October 10, 2014

UDANG CILI GARAM...

rsz_udang_cili_garam

Assalammualaikum, salam Jumaat semua. Hari ni che mat masak betul2 simple gileerr punya menu. Yang ringkas dan tak perlu banyak kerja. Pertama tadi che mat bikin sup telur, sup telur tu tak payahlah buat entri sebab senang sangat, sama macam sup kentang aje, lepas tu masukkan telur. Campur tauhu kering, cendawan dan soo hoon. Boleh juga kalau nak tambah fishball atau udang. Bila sebut udang, tak lupa che mat masak satu lagi resipi senang sangat, iaitu udang cili garam. Dia sama aje macam resipi masak berlado, cuma gantikan dengan udang. Kalau dapat gunakan udang bersaiz gadang (besar), baru bess. Che mat guna udang saiz sederhana kurang lebih 500 gram. 

rsz_udang_cili_garam1

Jenis udang ikut suka anda, udang kertas boleh, udang kaki merah boleh, udang harimau boleh, udang galah pun boleh, tak kesah janji udang. Cuma, berlainan jenis udang akan beri rasa yang berbeza. Udang tak perlu dibuang kulit, cuci bersih, dan lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga keemasan sebelum dimasukkan ke dalam sambalnya. Sambal pulak hanya guna cili merah, dan tidak pedas. Tapi kalau anda jenis suka dan tahan pedas, boleh masukkan 4-5 biji cili padi semasa mengisar bahan2....boleh buat?..Ok meh sini che mat kongsikan resipi yang begitu mudah dan ringkas.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram udang bersaiz xxl, dibersihkan dan tak perlu buang kulit*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*disatukan gaul rata dan perap sekejap)
5 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
4 biji limau kasturi, perah jusnya (kalau limau kasturi saiz besar guna 2 atau)
2 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Goreng udang hingga keemasan, angkat dan toskan. Sementara itu, kisar buah keras dan bawang putih hingga lumat. Masukkan bawang merah dan cili merah, kisar hingga hancur, tak perlu halus sangat, guna kaedah 'pulse'.
  2. Panaskan 1/3 cawan minyak, tumis bahan2 kisar hingga harum, kacau selalu dan guna api kecil. Terus memasak hingga garing dan naik minyak. Masukkan daun limau purut, garam secukup rasa dan gula. Kacau rata.
  3. Tambah udang, gaul rata hingga sambal bersalut pada udang. Masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersaa nasi panas.....ehemmm...

3 comments:

Anira Abdul said...

huhuhu.....kenala cari udang gadang esok pagi2 dkt market ye....selamat berjuang.

Lisa Nurulain said...

ja g cari udanggg ... boleh try nanti :D

kakngahsihat said...

Sedapnya.... tapi bila ambil vitamin C saya tak boleh makan udang... sekali sekali makan udang pun best gak kan... :-)

http://kakngahsihat.wordpress.com/2014/04/18/bahaya-mencampur-adukkan-makanan/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.