BEN ASHAARI

Wednesday, October 1, 2014

DONAT KENTANG - SALTED CARAMEL?

rsz_donat_kentang

Salam semua, kadang2 che mat pun pening. Contoh macam entri yang lepas tadi, sebenarnya auto post yang che mat tulis untuk disiarkab pada hari Selasa (semalam). tatau pesal boleh letak tarikh 1 Oktober (hari Rabu), sampai ada yang tegur di FB, hari ni hari Rabu...huhu...minta maaf. Faktor usia agaknyakan, hmm tak pelah. Ok, entri kali ni che mat plan nak buat dari semalam, siap dah rebus kentang, tapi tergendala atas urusan lain. Hari ni ia terlaksana. Resipi donat kentang ni merata2 juga orang dah buat. Ada macam2 resipi, cuma che mat tak berapa suka kalau ada telur, nanti bila donat dah sejuk, ada rasa telur....

rsz_donat_kentang1

Dan kali ni che mat cuba drizzle kan donat tadi dengan salted caramel sauce yang che mat buat sebelum tu. Pertama kali buat salted caramel sauce dan rasa dia sedap juga bila dimakan bersama donat, cuma che mat kurangkan jumlah garam untuk mengelakkan rasa yang masin sangat sos tadi, nak2 kalau anda guna salted butter. Salted caramel ni anda boleh simpan dalam peti sejuk dan kalau nak guna keluarkan dulu atau anda boleh panaskan sekejap. Resipi salted caramel che mat ambik dari internet, ada banyak, anda google aje, in sha Allah keluar...dan yang che mat guna resipi dari sini, tapi che mat ubah sikit terutama penggunaan garamnya. Ok, jomm lihat resipi..

BAHAN-BAHAN DONAT KENTANG :-)
2 biji kentang (kurang lebih 200 gram sebelum dikupas kulit)
3 cawan tepung gandum
3 camca besar gula halus
2 camca besar penuh susu tepung
1/2 camca teh garam
2 camca besar lemak sayur (shortening)
1 camca besar minyak masak
2 camca teh instant yeast
200 ml air rebusan kentang, pastikan ia suam (kurang lebih)
Gula aising atau gula kastor untuk salut donut

BAHAN-BAHAN SALTED CARAMEL :-)
200 gram gula pasir
6 camca besar mentega
200 ml whipping cream
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH DONAT KENTANG :- Kupas dan rebus kentang hingga empuk, toskan dan lecek halus, biar sejuk. Air rebusan kentang diambil sebanyak 200 ml (kurang lebih dan pastikan ia suam semasa digunakan nanti, kalau sejuk, panaskan sekejap). Ketepikan.
  2. Dalam mixer, masukkan semua bahan untuk donat kentang kecuali air dan gula untuk menyalut donat. Pasangkan alat pengadun untuk doh (hook), dan putar pada kelajuan sederhana hingga semua bahan bergaul rata. Tuang air rebusan kentang tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh. Bungkus mangkak adunan dengan plastik bersih dan perap 1 jam hingga doh kembang... Sementara tu kita bikin salted caramel pulak..
  3. UNTUK SALTED CARAMEL :- Masukkan gula pasir dalam periuk, panaskan dengan api sederhana hingga gula cair, kacau rata dan masak dengan api kecil sehingga gula perang, pastikan jangan sampai hangus, nanti pahit. Masukkan mentega, dan kacau rata hingga mentega cair. Berhati2 masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil dikacau rata (guna sudip bertangkai panjang untuk keselamatan). Masak 1 minit dengan api kecil sambil dikacau sentiasa. Matikan api dan masukkan garam. Kacau rata dan biar sejuk sebelum digunakan (bila sejuk ia akan bertambah pekat).
  4. UNTUK DONAT KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Canai doh setebal 1/2 inci (kurang lebih). Kemudian terap dengan acuan donat atau anda boleh bentukkan seperti kuih keria. Susun dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  5. Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak sederhana panas. Goreng donat tadi hingga kuning keemasan pada semua bahagian, balik2kan sentiasa. Angkat dan toskan, buat hingga siap. Salut dengan sedikit gula kastor atau gula aising. Drizzle dengan salted caramel sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!.

7 comments:

jamian sarif said...

sedap donat nih...nyum2

Cik Aann said...

sangat menyelerakan..

TheCikAann.blogspot.com

Mayang ABDUL RAZAK said...

SEDAPNYA LETAK KARAMEL..

ZURINA BT HARITH said...

Tergoda lg...tq

masuri24 said...

cantiknya donat ni.. elok terletak

aKSARAfENDI said...

salted caramel tu yg jadi menyelerakan..akan dicuba..

bella omar said...

shortening tu boleh tak kalau tak pakai

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.