KEPAH TUMIS BERCILI...

rsz_kepah_tumis_cili
Assalammualaikum, salam Rabu. Sebelum tu nak kasi tau dulu, entri ni bukan menu yang che mat masak hari ni, tapi hari Ahad punya. Ingat tak tempoh har kan che mat ke Endau dan beli lokan?...Baki dia ku masak kepah tumis bercili. Ini pun hasil idea dari teman2 FB, mereka2 ni pakar memasak ok, jad tak rugi minta pendapat dia orang. Terima kasih sekali lagi. Selain kepah, lala juga bess kalau dimasak sepert ini. Rasa dia seakan2 tomyam tapi kurang berempah. Rasanya masam2 manis dan pedas, Kalau tak suka pedas, anda boleh abaikan penggunaan cili padi dalam resipi.

rsz_kepah_tumis_cili1
Satu yang che mat suka pasal kepah, kulit dia bersih dan cantik. Kalau masak, nak makan pun rasa seronok saja. Kalau kerang tu kena cuci betul2 lah kan. Teringat abang long che mat, kalau kerang, dia akan cuci guna water gun, terus kerang jadi putih. Tu jam kalau nak masak kari, boleh terus guna. Tak perlu kopek ambik isi. Kalau rebus pun air rebusan dia elok saja, tak keroh berkeladak. Kalau anda nak cuba guna kerang (pastikan bersih macam che mat cerita tu yea), kupang dan sebagainya juga boleh...Jomm kita lihat resipi mudah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg (kurang lebih) kepah
1 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
3 helai daun limau purut
1 camca besar sos tiram
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1 camca besar sos ikan
Garam jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN KISAR HANCUR :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili merah (kalau cili merah saiz besar, guna 4)
5 - 6 biji cili padi (optional)
2 biji buah keras, hiris
3 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci kepah dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis serai, halia dan bahan kisar hancur hingga harum, masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tiram, kacau rata.
  2. Masukkan kepas dan daun limau purut, gaul rata dan tuang sedikit air (anggaran 5 camca besar). Kacau dan masak hingga kepah terbuka (nak cepat, tutup permukaan kuali dengan penutup kuali). Tambah jus limau kasturi dan sos ikan. Gaul rata dan rasa, jika perlu baru tambah garam secukup rasa. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

Post a Comment

2 Comments

  1. Sedapnya, tak pernah makan kepah, selalu try resepi dengan lala sahaja.

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  2. just try... wait hubby balik n test... will update his comments :-D

    Jai

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.