BEN ASHAARI

Wednesday, October 29, 2014

CEKODOK TAPAI UBI SALTED CARAMEL..

rsz_cekodok_tapai_ubi
Pernah makan cekodok tapai ubi?...Ini che mat buat untuk sarapan pagi tadi atas permintaan Bak. Kebetulan abang che mat yang no. 2 balik hari Isnin lepas dan dia bawak sama tapai ubi. Jadi ada permintaan cekodok tapai ubi dari Bak. Che mat pun main buat saja sebenarnya, dan menjadi pulak tu. Untuk variasi che mat drizzle kan sedikit salted caramel atasnya. Bertambah2 sedap! Sekali imbas nampak macam cekodok pisang aje. Buat dia pun senang dan seperti biasa, bab menggoreng tu che mat lebih suka guna jari, maksudnya masa men 'cekodok' kan adunan ke dalam minyak panas. Tapi awas, bagi yang tak biasa, eloklah anda guna sudu. Kang tak pasal2 jari kena minyak panas, dah tak comel. Kalau anda nak mencuba, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tapai ubi
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
2 camca besar gula
1/2 camca teh garam
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan air (kurang lebih)
Minyak untuk goreng terendam
Salted caramel untuk dimakan bersama cekodok (resipi di sini)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tapai ubi dilecek halus bersama gula pasir dan garam. Masukkan telur dan gaul rata. Ayak tepung bersama baking powder dan masukkan ke dalam mangkuk berisi tapai tadi. Gaul perlahan sambil dituang air sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau hingga rata. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan atau jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, buat 10 - 15 biji sekali goreng, bergantung pada saiz kuali dan saiz cekodok anda. Goreng dengan api sederhana hingga perang keemasan pada keseluruhan cekodok. Angkat dan toskan. Buat hingga siap.
  3. Drizzle dengan salted caramel sebelum dihidangkan untuk sarapan pagi atau pun minum petang. Selamat mencuba!!..

7 comments:

Sentiasa Panas said...

Nampak sedap je ni en.mat..:)

gelangtembaga said...

Roti sarang hae.... Roti saranghae..... ;)

zana fahmi said...

Kalau kat Kelantan popular tapai goreng kan....
Teringin nak buat, cari tapai minggu ni, terlior tgk cekodok tapai cmg.

Sis Lin said...

Pelik pelik tapi yang pelik tu la sedap kalau kita cuba kan..
Nnti nak cuba, nak kena beli tapai ni hehehe

Wan Widget said...

saya memang suka tapai ubi, tp x tau plak boleh buat cekodok, benda baru bagi saya nih

MunSiKettod said...

Wah..banyak resipi! jenuh nak cuba satu satu..teruja baca blog ni :)

Yaniejoe said...

Err...rasanya che mat lupo nak bagi resepi salted caramel tu.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.