BEN ASHAARI

Sunday, September 21, 2014

TOMYAM DAGING KIJANG...

rsz_tomhayam_kijang

Salam semua, hari ni Ahad, mesti ramai yang bercuti dan keluar merehatkan diri. Tapi di Johor, Ahad ialah hari bekerja. Hari ni che mat plan nak masak tomyam daging kijang. Ingat resipi kijang yang che mat masak tempoh hari di sini?...Baki dia memang ada sikit lagi dalam 1 kati atau kurang lebih 600+ gram macam tu. Rasa macam dah tak boleh nak masuk benda2 yang bersantan (kalau ada pun che mat masak atas permintaan Bak). Tomyam kali ini che mat buah sendiri pes dia, tapi tambah juga seketul kiub tomyam. Pes tu che mat buat sebab nak dapatkan kuah yang agak pekat sedikit...

rsz_tomhayam_kijang1
Untuk sayur pun che mat cuma masukkan apa yang ada. Kebetulan ada baki 2 kuntum cendawan yang bersaiz besar, jadi che mat hiris2kan dan cempak masuk dalam tomyam ni, kan kita buat dia, betul tak? Satu lagi, kalau tomyam, che mat suka rasa yang sedikit masam. Tapi anda boleh tambah jus limau nipis atau limau kasturi kemudian, jadi masa masak tu tak perlu lah masukkan banyak jus limau. Selain dimakan macam tu saja, sedap juga kalau digandingkan sama mi hoon dan sebagainya, ataupun pasta. Dengan nasi pun sedap, ala2 nasi air. Kalau nak mencuba, resipi seperti berikut.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging kijang, potong, cuci dan toskan
2 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas, diketuk
10 biji cili padi merah Thai, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
1 pokok daun ketumbar, cuci bersih dengan akar2nya sekali
1 kiub pati tomyam (MAGGI)
1 camca besar sos ikan
2 biji limau nipis, perah jusnya
Pes tomya secukupnya *(*resipi di bawah)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAYURAN:-)
Bunga kobis sebesar 2 penumbuk, potong kecil
10 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap 1
1 biji tomato, potong 4 atau 6
1 batang kecil lobak merah, hiris serong
1 batang saleri, potong kecil

BAHAN-BAHAN PES TOMYAM :-)
12 tangkai cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan*
7 biji bawang merah kecil*
3 helai daun limau purut*
1 batang serai, hiris*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PES TOMYAM :- Panaskan 1/3 cawan minyak. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau. Masak hingga pekat dan naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan boleh matikan api. Ketepikan untuk kegunaan kemudian...
  2. Didihkan 2 liter air, masukkan pes tomyam, kiub pati tomyan, daging kijang, serai, lengkuas, daun limau purut, bawang besar dan daun ketumbar bersama akar2nya. Kacau dan masak hingga daging kijang empuk (tambah air jika perlu)..
  3. Masukkan cili padi thai, lobak merah dan saleri, masak hingga lobak merah empuk. Tambah bunga kobis dan cendawan butang. Biar masak sekejap, perasakan dengan sos ikan dan jus limau nipis (letak sedikit dulu jus limau nipis, dan rasa, kalau cukup masam pada tekak anda, tak perlu tambah). Tambah juga garam secukup rasa (jika perlu).
  4. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibelah. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas.

6 comments:

CXopportunities said...

Waahhh! Ape rs dgg kijang? Sedap tk? Menarik ni, blh cuba. Tq share resepi. :)) #BlogwalkingEdisiBlog

Ct NoArizah Aris said...

Wahhh cikmat sodap lak nmpak tomyam ni...lama sudah tak mkn dgg kijang kek Mano lak nak den cari ni..huhu..

Ieta Mat Saad said...

sedapnya daging kijang... sedap lagi bila dibuat tomyam... terliur akak...

sya mokthar said...

assalam Che Mat. Sedap teliyo-liyo kite kat Perak ni haa. Sedap sangat nampak nye ni. Boleh la cuba. Thanks Che Mat.
Tapi daging kijang ni susah nak dapat kan..? Hmmm..

azimah mohd zainuddin said...

siap ada resepi buat paste tomyam sendiri...memang tengah mencari sebab kadang-kadang guna kiub memang kurang pekat...slalu blend tomato sahaja nak pekatkan kuah

http://www.lovehutladyvitamin.com

Aishah Ahmad said...

AA x prnh rasa daging kijang.kijang x sama mcm rusa,kan
Anyway nk Sgt cuba pes tombak buat sndr tu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.