BEN ASHAARI

Sunday, September 7, 2014

SOTONG GORENG KUNYIT, KEGEMARAN BAK...

rsz_kunyit_sotong
Sotong goreng kunyit menjadi kegemaran Bak sejak dulu lagi. Tapi Bak tak suka sotong bersaiz besar, dia lebih suka sotong kecil atau lebih dikenali dengan panggilan sotong comet. Satu yang bagus bila anda masak macam ni, anak2 pun suka, dan cara memasak dia pulak mudah, senang dan tak ambik masa yang lama. Kalau guna sotong comet atau sotong kecil, cuci bersih bahagian dalam perut sotong dan dakwat dia anda boleh buang atau pun biarkan saja, cuma nanti bila masak, sotong jadi kaler gelap, tak rupa goreng kunyit dah. Che mat suka gaulkan dengan sedikit tepung jagung sebelum digoreng. Ini bertujuan mengelakkan sotong terlampau berair. Ok, jomm kita mula memasak, tapi sebelum tu sila masak nasi dulu yea...jangan lauk dah masak, nasi belum...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong comet atau sotong saiz kecil
10 tangkai kacang buncis, hiris serong
1 camc teh penuh serbuk kunyit*
1 camca teh tepung jagung*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap 10 minit)
1 biji bawang besar, potong bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 camca teh sos tiram
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum dan kekuningan. Masukkan sotong yang diperap tadi. Tambah sos tiram dan kacau rata. Masak hingga sotong berubah warna. 
  2. Masukkan kacang buncis, cili merah, cili hijau dan sos ikan secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga kacang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain. (masakan ini memang tidak berkuah sangat)..

1 comment:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.