BEN ASHAARI

Tuesday, July 1, 2014

PACERI BOMBAY

rsz_paceri_nenas_bombay
Paceri Bombay satu resipi yang amat ringkas dan senang dimasak. Paceri ini selalu digandingkan dengan nasi minyak atau nasi briyani. Di Johor, ia sering dihidangkan di majlis2 perkahwinan bersama lauk-pauk yang lain. Tapi sekarang che mat perasan, ada yang dah gantikan peceri bombay dengan 'salad', untuk memberi suntikan fusion. Di tempat lain mungkin ada yang panggil lain. Che mat guna sebiji nenas madu, anda boleh guna apa2 saja nenas yang anda suka. Kalau dapat biar yang manis. Pstt...bulan2 puasa ni kan, selera okeh makan benda2 yang masam2 manis macam ni, tak payah nak tunggu nasi minyak, dengan nasi putih, ikan goreng pun dah ok sangat...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji saiz sederhana nenas madu atau sebarang nenas pilihan anda
8 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
3 camca besar cuka makan JALEN
2 camca besar gula
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa (kurang lebih 1/2 camca teh)
1 camca teh biji sawi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas nenas, belah 4 dan buang empulur. Hiris sederhana tebal, kemudian celur dalam air mendidih, masukkan 1 camca teh serbuk kunyit dan celur 1 minit, toskan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), masukkan biji sawi, kemudian kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masak hingga harum.
  2. Tambah bawang putih, bawang merah, halia dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. Masukkan gula dan cuka makan, kacau dan masak hingga pekat. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tambah sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh), cili merah, cili hijau dan nenas. Gaul rata2 dan masak hingga nenas lembut. Tak perlu tambah air, nanti nenas akan mengeluarkan air. Boleh angkat dan hidangkan..


5 comments:

N.A.T said...

Uich! Ammah!

Keladi Betawi said...

bebulan posa ni kan semua nampak sedap....

adda syuhada said...

sedapnyerr...

denaihati said...

my feberet ni .. sedap sangat ni

Miss Ff said...

Lama cari resepi marvebeles ni. Tk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.